Tips Ibu Yang Mahu Kurus
Assalamualaikum. CIKGU DAN CUTI SEKOLAH Selamat bercuti. Masih di rumah menyelesaikan banyak urusan yang tergendala akibat kesibukan dengan kerja di sekolah beberapa minggu lepas. Saya baru lepas menyusukan anak kedua, Aimy. Dia berusia 1 tahun pada 20 November 2014 yang lepas. Sambil Aimy tidur, saya on laptop. Jarang berkesempatan buka laptop untuk melayari internet. Erti kata lain, buang masa tengok lokasi Parkson kat Johor. Tengok dress kat website butik. Selalu on laptop untuk siapkan laporan dan kerja sekolah. Ataupun untuk update blog. MENYUSU VS OLAGRAGA Saya jumpa satu info menarik. Lalu saya nak kongsi dengan anda hari ini. Jika kita menyusukan anak selama 6 bulan, kita membakar 80 000 kalori yang bersamaan dengan 124 jam berlari Jika kita menyusukan anak selama 1 tahun, kita membakar 160 000 kalori yang bersamaan dengan 324 berbasikal Jika kita menyusukan anak selama 18 bulan, kita membakar 240 000 kalori yang bersamaan dengan 426 jam berenang Jika kita men...