Posts

Showing posts with the label testimonial garlic

Rawat Tekanan Darah Tinggi (11 Testimonial)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 27 Mei 2016 saya selamat melahirkan anak ke-3. Alhamdulillah. Namun, pada 29 Mei 2016, saya dikejutkan dengan kematian ayah mertua. Bergegas capai kain baju dan keperluan mana yang terlintas di kepala dan balik kampung. Vitamin Shaklee pun saya main ambil je tak tengok dah untuk kegunaan pantang ke, kurus ke, sembelit ke. Kira pantas laju habis! Jadinya berpantang di kampung la saya.  Biasalah ibu berpantang ditambah dengan kematian ayah mertua; saya dan suami tidur lewat. Berbual kisah kami dan arwah, menyusukan bayi kecil. Hampir jam 4.30 pagi baru kami betul-betul tidur.  Jam 6 pagi kalut bangun mandi sebab nurse kat kampung datang awal. Bila nurse datang, tekanan darah saya tinggi. Tak pernah hayat tekanan darah tinggi. Siap naik ambulans pergi ke klinik kesihatan desa untuk pemeriksaan doktor. Ajaibnya, doktor cek tekanan darah normal. Lega ibu dalam pantang sebab taknak masuk wad. Jadi saya simpulkan, tekanan darah saya naik...

Bahaya Air Kencing Berbuih (4 Testimonial)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera! Hari ni nak berkongsi tentang air kencing. Pernah dengar tak orang cakap kalau kencing berbuih tu tandanya ada sakit buah pinggang? Sejauh mana kenyataan ini fakta atau auta, jom baca sampai habis!  “Saya selalu perasan sekarang ni air kencing berbuih.. kenapa ye? Ada tak cukup nutrisi apa-apa ke? Atau memang betul ni tanda sakit buah pinggang?” Air Kencing Berbuih Buih dalam air kencing yang sentiasa jadi persoalan “kenapa”? Buih atau gelembung udara dalam air kencing boleh dianggap NORMAL atau TIDAK NORMAL. Banyak kemungkinan juga kan? Kalau kita buang air kecil selepas mencuci mangkuk tandas dan didapati air kencing berbuih, itu mungkin juga kesan air kencing yang bercampur dengan bahan kimia pembersih. Mungkin Tapi tak dinafikan juga air kencing berbuih ini juga adalah tanda sakit buah pinggang. Apa pun, adalah lebih baik berbincang dengan doktor atau pakar perubatan sekiranya masalah kencing berbuih ini berterusan. ...