Sumber Omega 3 Terbaik

Kali ini Cikgu Ije kongsikan artikel menarik yang dikongsikan di Facebook Dr Fatimah Salim yang bertajuk Makanan Laut, Logam Berat dan Racun Jom baca artikel beliau Teringat dulu masa kecil-kecil orang terdekat selalu pesan, “Jangan makan kepala ikan, nanti otak jadi lembab!” Baru-baru ini seorang rakan ‘PM’ meminta saya untuk menulis mengenai kaitan makan “kepala ikan” dan kesan “kelembaban minda” pada anak-anak . Disebabkan saya juga pernah berhadapan dengan ‘kepercayaan’ yang sama dulu, maka saya terus teruja mencuba sehabis mungkin mencari penjelasan saintifik disebalik dakwaan ini. Kelembaban minda ini biasanya terjadi apabila berlakunya gangguan pada fungsi kognitif otak . Setakat carian, saya tidak berjumpa pula dengan jurnal atau penulisan saintifik yang mengaitkan ikan dan kelembaban minda. Oleh itu, saya akan cuba untuk menerangkan secara keseluruhan KESAN kebarangkalian wujudnya kandungan bahan kimia dalam ikan yang mampu menjadi penyeba...