Kayap : Cara Berkesan Untuk Hilang (Testimonial)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari lepas ada seorang kawan lama yang menghubungi saya untuk mencari penawar kayap. Jadi hari ini terhasillah perkongsian tentang kayap. Moga dapat membantu lebih ramai penghidap kayap di luar sana untuk sembuh sepenuhnya. InsyaAllah. Apa itu kayap? Istilah perubatan bagi kayap ni adalah herpes zoster . Ia adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Mereka yang amat berisiko untuk dijangkiti kayap ialah golongan berusia (50 tahun ke atas) serta mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah. Namun, di sini saya akan sertakan satu kisah benar seorang pesakit kayap yang agak teruk telah berjaya pulih dan kulit beliau kembali elok seperti sedia kala walaupun asalnya dijangkiti kayap di muka! Simptom serangan kayap Kayap selalunya akan menyebabkan keradangan satu urat saraf pada satu bahagian badan sahaja. Selalunya ia melibatkan bahagian dada dan muka. Antara...