Anemia Semasa Mengandung (hamil)

Anemia salah satu masalah yang dihadapi oleh ibu hamil. Masalah ini sangat biasa dialami oleh ibu hamil di Malaysia. Apa Itu Anemia? Anemia atau kurang darah adalah keadaan di mana paras sel darah merah (hemoglobin) ibu kurang daripada 11gm%. Apa Punca Berlaku Anemia? 1. Kurang mengambil makana n yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12 2. Jangkitan cacing 3. Penyakit malaria 4. Masalah perubatan seperti thalasemia dan leukimia 5. Pendarahan berlebihan akibat buasir dan haid 6. Kerap mengandung (kurang dari 2 tahun), kehamilan kembar, kerap keguguran Apa Tanda-tanda Anemia? 1. Pucat 2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya 3. Kerap pening 4. Mudah pitam 5. Mudah mengah 6. Degupan jantung cepat Apa Kesan Anemia Pada Ibu Hamil? 1. Mudah mendapat jangkitan 2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung 3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin Apa Kesan Anemia Pada Kandungan? 1. Keguguran 2. Pembesar...