2 Produk Tingkatkan Kesuburan Wanita : Clomid atau ESP?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi anda yang telah lama berusaha untuk hamil, tentu anda pernah mendengar Clomid. Apa itu Clomid? Clomid merupakan sejenis pil hormon yang biasa diberikan oleh doktor untuk membantu wanita yang mempunyai masalah kitaran haid, ovulasi yang tidak tetap atau tiada ovulasi dan juga masalah ovum yang tidak matang. Namun, pengambilan clomid ini perlu diawasi oleh doktor kesuburan supaya tiada kesan buruk yang berlaku. Bagaimana Clomid berfungsi? Clomid mempunyai struktur yang hampir sama dengan estrogen. Clomid akan melekat di sel reseptor dalam hypothalamus bagi menghalang estrogen melekat di situ . Keadaan ini menyebabkan otak ‘ditipu’ bahawa badan kekurangan estrogen lalu badan akan menghasilkan lebih banyak hormon Follicle Stimulating Hormone (FSH) bagi merangsang folikel. Badan juga akan bertindak menghasilkan luteinizing hormone (LH) bagi meransang ovari. Clomid : Mesti baca! Pengambilan ubata...