Posts

Showing posts from June, 2013

Fahami Proses Kelahiran Bayi

Image
Berapa lamakah proses kelahiran yang normal? Ia sebenarnya soalan yang subjektif . Mungkin ada yang mengira proses kelahiran dari masa kami merasakan kontraksi pertama, atau air ketuban pecah. Tetapi doktor menghitung tempoh proses kelahiran dari masa pembukaan serviks berukuran tiga hingga empat sentimeter. Ini dikira sebagai permulaan "fasa aktif" atau "mantap" dalam proses kelahiran. Ketika ini, bakal ibu mula mengalami rasa kontraksi yang agak sakit untuk beberapa jam. Mungkin anda sudah terjaga sepanjang malam. Bagi kelahiran pertama kali biasanya ia mengambil masa agak lama. J umlah masa purata proses kelahiran bagi bayi pertama ialah lapan jam , jadi ia boleh mengambil jangka masa lebih atau kurang dari itu, tetapi kemungkinan amat kecil yang proses kelahiran pertama anda akan mengambil masa lebih daripada 18 jam. Sementara wanita yang pernah bersalin sebelum itu selalunya mengalami proses kelahiran yang lebih pendek daripada wanita yang bersalin untuk pe

Kenapa badan perlukan protein?

Image
Assalamualaikum Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ? KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi . Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng. Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem.  Protein merupakan makanan kepada sel . Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.  SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM PENTINGKAH PROTEIN?

suplemen untuk warga emas

Image
Assalamualaikum Kita mulakan dengan testimonial tentang permulaan menggunakan Shaklee untuk ayahnya. " saya dah pernah cuba bagi ayah saya sendiri salah satu suplement untuk warga emas ni iaitu Advanced Joint Health Tablet. Dari sebelum ni susah nak berjalan lepas bangun dari tidur..sekarang..alhamdulillah sekarang makin cergas. makin kuat berjalan.." - Puan Zaleha. Warga Emas ni banyak yang perlu dijaga. Banyak perlu di ambil berat terutama bab kesihatan. Kita sebagai anak tak salah kalau kita berikan mereka makanan tambahan supaya kesihatan mereka terus dijaga. Ok jom kita tengok ape cadangan suplement yang sesuai diberikan kepada ibu bapa kita. Omega Guard: Membantu meningkatkan kecerdasan otak dan menguatkan daya ingatan. Ostematrix: Membantu membekalkan keperluan kalsium untuk menguatkan tulang Advanced Joint Health Tablet (AJHT): Mengatasi masalah sakit sendi dan lutut terutamanya ketika mereka melakukan aktiviti harian dan ibadah Lecithin: Mengurang

Teknik Bernafas Waktu Bersalin

Image
Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin. 1. Peringkat awal (early labour) Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga k ali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas. 2. Peringkat aktif (active labour) Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan. 3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya) Anda tidak

11 Tip Berpuasa Ibu Hamil dan Ibu Menyusu

Image
Assalamualaikum.  Hari ni kongsi pulak tentang puasa. InsyaAllah sama-sama meraih keberkatan Ramadhan.  1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mula minum dari waktu sahur hingga menjelang imsak. 2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah yang mengandungi air. Kurangkan pengambilan makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik air daripada sel. 3. Ibu yang menyusukan bayi amat digalakkan m akan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Ia juga merupakan sumber tenaga yang hebat dan semula jadi. Madu juga merupakan nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan susu ibu. 4. Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak. 5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang y ang kaya dengan protein, glukos dan cecair. 6. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-bu

Cara Berkesan Atasi Rambut Gugur

Image
Assalamualaikum. Tidak kira lelaki dan wanita..Kedua-duanya mengalami masalah rambut gugur. Ada yang mengatakan masalah datang dari syampu yang salah, tetapi sebenarnya masalah hormon juga yang menyebabkan rambut gugur. Apakah punca rambut gugur? 1) Penyakit Tiroid Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh sebabkan rambut gugur. 2) Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan yang abnormal 3) Ubat -ubatan Sesetengah ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu.  Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi atau ubat cairkan darah dan pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan keguguran rambut. 4) Selepas bersalin Keguguran rambut selepas bersalin di alami oleh 40% wanita dan boleh menjadi pengalaman menakutkan bagi semua wanita.  Apa p

Bukti Kehebatan ESP! Wajib Cuba!

Image
Assalamualaikum! Pagi ni lepas breakfast dengan ESP + susu segar, teringat tentang kehebatan ESP. Ramai yang dah tahu tentang ESP dan ramai juga yang belum mencuba. Jom cuba. Tak yakin? Jom scroll bawah. Baca satu-satu pengalaman mereka yang dah rasai kehebatan ESP. Keajaiban ESP, 1 untuk segalanya. Ini testimonial mereka yang berjaya BREASTFEEDING Ketahui SET LENGKAP PENYUSUAN ---> Klik SINI Ni pulak testimonial mereka yang berESP dan dapat KULIT CANTIK GEBU! Ketahui SET LENGKAP KECANTIKAN ---> Klik SINI Testimonial seterusnya tentang PUASA bersama ESP! *ketahui lanjut tentang set mighty GEM -- > Klik SINI *ingin mendidik anak berpuasa? ---? Klik SINI Yang ni pulak dapat atasi GASTRIK hanya dengan ESP! KURUS dengan ESP! Ketahui SET LENGKAP MENURUNKAN BERAT BADAN ---> Klik SINI Kenapa ESP? 10 soalan popular tentang ESP terjawab di SINI 

Hadiah unik untuk lelaki

Image
Assalamualaikum. Mencari hadiah yang sesuai untuk ayah, suami, boyfriend mahupun sebagai hadiah hari jadi atau hantaran? Hadiah terbaik dalam hidup kita semestinya anugerah kesihatan.  Hari ni saya nak kongsikan mengenai Men's Vital Health Set dari Shaklee.  Set ini lengkap untuk lelaki yang mementingkan kesihatan dirinya. Menghadiahkan set kesihatan kepada yang tersayang pasti menjadi satu kelainan. Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi. Nak-nak lagi kalau lelaki itu merokok. Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit  dalam hidup mereka seperti: - Mati pucuk - Pembesaran prostat - Kelesuan - Kurang tenaga dan stamina Shaklee menghadiahkan SET MEN"S VITAL HEALTH yang mengandungi 3 produk dan kelebihannya tersendiri. Set ini boleh diambil sebagai maka