Kebaikan Omega 3 Fish Oil
Selalu kita dengar minyak ikan, tapi sejauh mana pengetahuan kita terhadap kebaikan minyak ikan kepada tubuh badan kita? Hari ini saya ingin kongsikan beberapa fungsi utama minyak ikan kepada tubuh manusia. Manfaat luar biasa yang mesti anda ketahui. APA MANFAAT OMEGA 3? 1. Manfaat Omega 3 untuk otak sangat banyak. Jika anda tergolong dikalangan yang mudah lupa atau susah mengingati sesuatu , Omega 3 adalah makanan terbaik untuk otak anda. Ia berperanan penting untuk perkembangan membran sel. Terdapat kajian yang membuktikan Omega 3 membantu perkembangan otak dan memori pada kanak-kanak dan dewasa. 2. Omega 3 juga baik untuk kesihatan jantung . Penelitian menunjukkan bahawa Omega 3 dapat mencegah penyakit jantung dan penyakit lain yang berkaitan dengan jantung. Ini adalah kerana Omega 3 mengurangkan risiko aritmia (denyutan abnormal jantung) dan tekanan darah tinggi. 3. Omega 3 menurunkan kadar kolesterol . Satu kajian membuktikan pengambilan ikan yang kaya de...