Posts

Showing posts with the label meroyan

Meroyan Selepas Bersalin

Image
Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Walaupun ia lebih sinonim diperkatakan oleh masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namun ia juga sebenarnya turut menimpa wanita profesional. Gila Meroyan Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakit gila meroyan ( postpartum psychosis ) juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit  jiwa  lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita selepas bersalin. Cara Berpantang Sebe...