Cara Kenalpasti Produk Berdaftar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap kali buka Facebook dan Instagram, kita 'dihidangkan' dengan pelbagai produk yang bertujuan untuk kecantikan, ramping, putih menawan dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, menjadi kemestian untuk kita pastikan produk yang bakal kita gunakan adalah selamat. Bagaimanakah mengenal pasti produk/ubat yang berdaftar? Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam. Ciri-ciri produk berdaftar Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam. Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu: Nombor pendaftaran . Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf. Pelekat hologram yang tu...