Hamil Selepas Keguguran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mengalami keguguran memang suatu episod duka dalam hidup seorang ibu. Namun, anda masih boleh berusaha untuk hamil. Bagaimana mahu merancang untuk hamil semula selepas berlaku keguguran? Bila boleh kembali hamil? Ramai yang tidak tahu bahawa mereka boleh hamil semula di antara tujuh hingga sepuluh hari selepas keguguran . Biarpun anda mungkin sedang mengalami pendarahan, anda tetap mempunyai peluang untuk hamil kerana ovulasi boleh berlaku bila-bila masa sahaja dalam kitaran haid. Anda boleh hamil semula sekiranya keguguran berlaku bukan melalui kaedah pembedahan. Jika anda perlu menjalani pembedahan seperti dilation and curettage (D&C), anda perlu menunggu sekurang-kurangnya sebulan supaya rahim kembali sembuh . Ini sangat penting untuk memberi masa kepada tubuh dan rahim supaya sembuh sepenuhnya seperti sedia kala. Kesihatan suami dan isteri mestilah berada di tahap maksimum supaya keduanya dapat merancang untuk keha...