10 Aktiviti Harian Yang Melemahkan Otak
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi 10 perkara yang boleh menjejaskan fungsi otak kita. Seringkali kita abaikan perkara ini dalam kehidupan harian kita. Lepas ni dah boleh mula ambil pendekatan untuk kekalkan kecerdasan otak kita. 1. Tidak ambil sarapan pagi Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga badan iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut. 2. Terlebih makan Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan ,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus 3. Merokok Asap rokok s...