Tangan Kebas : Bahaya Tak? (2 Testimonial)

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Ada yang sekian lama mengalami masalah kebas di tangan atau kaki namun mengambil langkah mudah dengan membiarkan sahaja ia berlarutan. Dengan alasan tidak memudaratkan. Kebas jari tangan ni lebih dikenali sebagai Sindrom Carpal Tunnel atau typist hand atau writers hand. Untuk itu, saya kongsikan serba sedikit fakta berkenaan punca kebas tangan, gejala dan rawatan untuk kebas jari-jari tangan. Gejala/Tanda/Simptom/Punca Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel) Kita akan rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pada jari kelingking. Biasanya, rasa kebas tangan ni akan lebih kuat bila kita memandu, pegang objek seperti suratkhabar, telefon, jarum dan masa bangun dari tidur. Biasanya kalau rasa kebas tangan, kita akan goyangkan tangan atau urutkan jari-jari tangan untuk kurangkan rasa kebas, tapi esoknya rasa kebas tetap terasa juga. Pesakit ni biasany...