Cara Susukan Semula Bayi

Beberapa hari lalu, ada seorang sahabat yang baru habis pantang WhatsApp saya. Katanya nak buat temujanji untuk telefon saya. Hehe. Siap temujanji tu. Maklumlah akhir tahun kerja cikgu banyak nak kena siapkan. Bangun pagi, buat kerja sampai ke malam. Kerja yang perlu dibayar untuk cuti panjang bermula minggu depan. (Walaupun kena bertugas, tapi tetap dipanggil cuti). Berbalik kepada temujanji tadi, maka sebelah petangnya kami berbual hampir setengah jam di corong telefon bimbit. Skema ayat cikgu. Heee SALAH KONSEP PENYUSUAN Kawan saya tidak pam susu badan kerana dikhuatiri bayi tiada bekalan susu. Payudara tampak seperti tiada susu (lembik, kosong). Maka, kawan saya tidak pam susu kerana risaukan si anak tiada susu untuk dihisap. Risau anak lapar, tak puas. KONSEP ASAS PENYUSUAN BADAN Sebenarnya sangat unik 'mesin susu' yang Allah lekatkan di badan ibu. Susu tiada, badan hasilkan susu baru. Maka konsep utama yang mesti semua ibu tahu ialah 'more demand, more supply...