Posts

Showing posts with the label chicken pox

5 Kaedah Rawat HFMD Dengan Cepat Dan Berkesan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak beberapa minggu ni kes HFMD berleluasa. Cikgu Ije kat Johor ni pun sedaya upaya elak bawa anak ke tempat awam. Taknak ambil risiko. Hari ni Cikgu Ije nak kongsi tentang HFMD Punca HFMD Tahukah anda HFMD berpunca daripada jangkitan virus? Kajian menunjukkan lebih 70 jenis virus boleh menyebabkan HFMD tetapi jenis paling biasa ialah virus coxsackie A16(CxA16) dan enterovirus 71 (EV71) . HFMD juga boleh disebabkan enterovirus lain, tetapi ia jarang berlaku. Kumpulan enterovirus ini termasuk virus polio, coxsackie, echovirus dan enterovirus lain. Apakah simptom yang dikenalpasti? Demam – bermula dengan demam ringan dan hilang selera makan. Ruam dan melepuh di bahagian tapak tangan,tapak kaki dan kadang-kadang di punggung selepas 1-2 hari demam bermula. Bintik-bintik merah mula kelihatan. Ulser di dalam mulut (lidah dan tekak). **Biasanya gejala HFMD mula kelihatan selepas 3 hingga 7 hari seseorang terdedah kepada ...

4 Sebab Anda Tak Perlu Risau Jika Anak Dijangkiti Chicken Pox

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Musim hujan hujung tahun ni, banyak penyakit mudah terkena. Demam, batuk, selsema. Hari ni Cikgu Ije nak kongsikan pengalaman geng Rich Young Group #RYG, Nina Salleh berkenaan anak beliau yang mengalami chicken pox. Sebelum tu, jom kita berkenalan dulu dengan chicken pox ni.  Apa itu chicken pox? Chicken pox atau cacar air berpunca daripada virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan sangat mudah berjangkit.  Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Namun begitu, ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. . Bagaimana chicken pox berjangkit? Jangkitan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Jangkitan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox. Pengidap chicken pox boleh menyebarkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkiti orang lain sehingga cacar air menjad...

Cara Mudah Hilangkan Parut Chicken Pox

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera! Hari ni berkongsi kisah tentang chicken pox. Jom tengok gambar dulu Kesan parut chicken pox hilang Parut chicken pox hilang selepas consume Collagen Powder .  Tengoklah perbezaan kat photo atas ni, terukkan kena chicken pox?  Alhamdulillah, hilang selepas consume Collagen Powder. Apa itu chicken pox? Sedikit Info tentang Demam Chicken Pox juga dikenali sebagai Demam Pelentong. 1. Pelentong atau chicken pox kerap menjangkiti kanak-kanak berusia 2-8 tahun, tetapi ia boleh menjangkiti sesiapa tanpa mengira usia. 2. Berpunca daripada varicella zoster virus yang akan kekal diam di dalam badan selepas jangkitan pelentong (chicken pox ) sembuh. Ia boleh aktif semula dan menyebabkan penyakit kayap ( herpes zoster). 3. Pelentong tersebar melalui udara dari pesakit yang sedang mengalami jangkitan pelentong apabila mereka batuk atau bersin, serta jika tersentuh cecair dari kulit pesakit pelentong. Ianya boleh berjangkit...