4 Cara Mudah Kecilkan Liang Pori Terbuka

Assaalamulaikum dan salam sejahtera! Hari ini saya berkongsi info tentang pori. Pori terbuka menjadi bualan dikalangan mereka yang mementingkan kecantikan. Dari jauh dah nampak lubang-lubang di wajah akibat liang pori yang besar. Sedih. Nak pakai bedak pun tak boleh menutup cela liang pori besar. Dah habis ikhtiar guna masker semulajadi? Jom rawat dari dalam. Lebih berkesan! Sebelum ini jom kita study sikit tentang pori. Tambah ilmu yang dah sedia banyak. Hehe. Punca liang pori-pori besar Terdedah kepada matahari secara berlebihan Merokok Penuaan Genetik Mengamalkan diet yang tidak sihat dan pengambilan gula berlebihan Perubahan hormon akibat menopaus dan semasa hamil Perubahan pori-pori Seseorang mempunyai lebih 300,000 liang pori-pori pada wajah. Ini satu lagi isu ketara dapat dilihat pada kulit individu. Pada umumnya, setiap orang sebenarnya mempunyai liang pori-pori terbuka luas dan besar, saiz liang dua kali ganda lebih besar apabila berusia sekitar ...