6 Tips Hadapi Anak Melangkah Ke Alam Persekolahan

Sesi persekolahan berbaur dua rasa; sedih dan gembira. Sedih sebab diam tak diam anak dah besar. Dah masuk darjah 1 atau dah melangkah ke alam asrama. Gembira kerana anak-anak ada kesempatan untuk ke sekolah menuntut ilmu. Ada anak orang lain telah meninggal dunia semasa kecil, ada anak orang lain terlantar di katil kerana tak sihat. Semua ibu bapa mahu anak-anak melakukan yang terbaik di sekolah, hakikatnya kantin dan gerai di luar sekolah mempunyai pilihan makanan yang tidak sihat, malah boleh merosotkan tahap kesihatan anak-anak. Apa kita boleh beri untuk sokong persekolahan anak kita? Jom fokus pada apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk membantu keupayaan otak dan pembelajaran anak-anak kita: 1️⃣ Tidur: Semuanya bermula dengan tidur. Otak kanak-kanak (dan juga kita!) Jauh lebih baik untuk berfungsi, beri perhatian, buat pengiraan dan ingatan mental apabila mendapat tidur yang cukup. Mood dan kelakuan anak-anak lebih baik apabila t...