I am busy as a bee, in a hive.
28 September 2011
23 June 2011
review secara laju
peh. sekarang genap sebulan sekali update blog. punyalah lama cuti tiga bulan free duk rumah, mengadap internet all day long selain mengadap baby baru. tapi seperti tak punya kesempatan nak update blog.
jom layan gambar. buat review pantas tentang anak sulung kami (ayat nak tambah lagi ni =P), Muhammad Ammar Mujahid.
1 Mei 2011. Ammar dipotong jambulnya!
lepas tu, cukur rambut lak. =) ceramah jap. baca dengan nada ustazah bagi ceramah ye, disebut dalam hadis at-tarmizi dari Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah saw menyuruh Fatimah mencukur rambut Hassan dan ditimbang rambut itu dan bersedekahlah dengan nilai timbangan perak. Alhamdulillah. sebaik-baiknya cukur pada hari ke-7. tapi tak berkesempatan.
7 Mei 2011. I am a month old baby!
Cerita di KB dalam entry lain. postpone dulu.
tiba-tiba sang bapa kena kursus di Melaka (15-17 Jun), apa lagi. dah jenis sang ibu suka berjalan-jalan. ikut jom!
Ammar is sleeping je la kalau dah kenyang!
bukan kenyang makan GCB burger pun, minum susu je. =)

tadi tengok sticker ni. kami dah kawin 1 tahun, 2 minggu dan 4 hari. Alhamdulillah. cepat masa berlalu. tahun lepas kami alami JK (jiwa kacau) sebab berjauhan. tahun ni, dah ada Ammar Mujahid pun. dah tinggal bersama sebumbung, berusaha melengkapkan kehidupan. InsyaAllah. satu per satu. yakinlah! ehe.
Ammar lagi cantik nombor dia. he is now 2 bulan 2 minggu dan 2 hari. tahniah my baby boy!
dan kisah cinta kami yang termeterai pada zaman dahulu, 6 tahun 1 hari. thanks buat suami yang sangat memahami. Alhamdulillah. thanks for all these great things from You, ya Allah.
24 May 2011
dia telah berusia 47 hari
cepatnya masa berlalu. paling tak best, cuti bersalin dah hampir tamat. =( sementara cuti tak habis ni, manfaatkan cuti sepenuhnya!
suatu ketika dahulu.
on my way to sekolah on Saturday sempena Larian Mahkota Sultan Johor.
our little Muhammad Ammar Mujahid is now 47 days old. sebulan lebih sikit. uhu. cepatlah besar wahai Ammar. kita pergi ronggeng sama-sama satu family. family? wuhooo. three of us. pergi zoo. pergi masuk terowong ikan kat KLCC. pergi taman main lari-lari. pergi pantai bina istana pasir. semua sama-sama lah. but not now. soon. =)


nombor yang cantik. 1 bulan, 2 minggu dan 3 hari. kebetulan seiring dengan mood sang ibu nak update blog. wuwu. ulat comel will always be Ammar's trademark sebab his first soft toy we bought for him is that worm. =P
sedikit tentang our little Ammar Mujahid:
1. senang dijaga. menangis hanya ketika lapar untuk minum susu, tidak selesa seperti lampin basah. hmm. itu sahaja. =)
2. takut air sejuk. menangis ye ye je time nak mandi. testing pun tak boleh. so tadah air dari shower heater masuk besen penuh-penuh adalah langkah terbaik untuk Ammar riang ketika mandi. *macamlah Ammar dah pandai senyum. wuwu.
3. senang dipangku. jangan keliru dengan kenyataan ini. bukan sebab Ammar ringan dan mudah dipangku. tapi dia senang bangat bila dipangku. dalam erti kata lain, suka dipangku. lenguh betul. ni berat kurang lebih 4kg je. dah besar nanti tak tahu lah.
4. sekarang dah bangun malam secara rutin. Alhamdulillah. pukul 12 tengah malam, pukul 2 pagi, pukul 4 pagi dan pukul 6 pagi. 2 jam sekali minum susu. =)
5. senyuman diberi secara tidak menentu. sangat kerap tika mamai untuk tidur. senyum sorang-sorang. dan sangat senang hati bila Ammar celik mata in the morning dan melemparkan senyum secara tidak sengaja. *can't wait for the moment u can smile when u r happy.
6. seorang penguji muda. akan merengek secara tiba-tiba ketika tidur untuk menguji sama ada wujud insan lain disekelilingnya. kalau tiada yang menepuk-nepuk manja bontot dia waktu itu, makin kuatlah tangisannya. alahai Ammar.
eh. is this 'sedikit' tentang Ammar. macam dah banyak. huhu. belum cukup 10 mungkin boleh consider sebagai sedikit. =)
p/s: semoga ketemu di lain entry. doakan kesihatan yang baik dan berpanjangan buat Ammar Mujahid. insyaAllah.
26 April 2011
Muhammad Ammar Mujahid
ayat yang mesti ditaip setiap kali tulis blog.. sila baca: terlampau lama tak update blog. memang mood hilang habis. kadang buka blog. tapi tak tahu nak update apa. banyak sangat idea dalam kepala. last-last, buka facebook je. baca status kawan atau tilik-tilik gambar mereka lantas memberi komen. =)


hari ni, 5th May 2011. sudah 28 hari kami menjadi parents. Alhamdulillah. kehadiran Muhammad Ammar Mujahid pada 7th April 2011 menjadi pelengkap cinta kami. (kisah bersalin yang %$^$# kita share nanti ye. maybe sebulan dua lagi pabila mood ije ber-blog-ing timbul kembali) bercinta bagai nak rak akhirnya membuahkan hasil. hasil dia bukan Ammar ye. hasil cinta kami ialah HIDUP kami sekarang. penuh dengan suka dan duka yang ditempuhi bersama. best okeh kahwin dan hidup bersama dengan si idaman hati. tambah pula dengan kehadiran si kecil. syukur padaMu ya Rabb.
dan genap 11 bulan kami suami isteri disatukan. 5th june depan genap 1 tahun. we are going to celebrate our first anniversary with a little Ammar Mujahid, pejuang yang kuat. Alhamdulillah. =)
26 February 2011
tentang bayi yang bakal menjelma
what a lovely hujung minggu. setelah beberapa minggu hidup tanpa hujung minggu, this weekend will be the most meaningful weekend. sebab? boleh rehat all day long tanpa perlu berkejaran sana sini.
rehat dalam erti kata menyiapkan segala kerja rumah.
semalam menjejakkan kaki ke Kluang Mall. along nak berlibur melihat gitar. biasa ije selamba je tawaf mall hingga 10 kali. semalam, sekejap je dah rasa penat. terus ajak along balik. tak sanggup. sebelum ni, penat pun layan je, sebab suka membeli belah secara tingkap ni. melegakan sakit kepala. haha. duit pun selamat. =P
today? hanya perlu kemaskan rumah.
1. lipat baju yang bertimbun di atas katil sejak seminggu yang lalu.
2. iron baju untuk bekalan kerja seminggu akan datang.
3. kemaskan dapur yang tak dijenguk sejak semalam.
4. siapkan lunch.
5. sapu lantai. pastu along sambung tugas, mop lantai. ni kerja seminggu sekali. tapi dah lama kami tak berhujung minggu, maka ni dah jadi kerja sebulan sekali kot.
rutin harian macam siram bunga dan basuh serta jemur kain tu memang petik jari je. gelap time subuh tadi dah settle. ek eleh. yang tu semua boleh buat. huks. =P
esok, melepak depan tv dan laptop. =) er.. kemaskan beg baby dan beg ibu ke hospital kelak. yang ni paling utama untuk hujung minggu ni.
tayang barang baby untuk kenangan masa depan..
tiga beg plastik tampak sedikit. namun we almost spent RM600 on these. welcome my dear. borong sekali harung. ni pun dah pergi kedai murah yang diceritai oleh ramai orang di Parit Raja. ehe.
the first years baby sleeper dan lucky baby stroller. serta lamaze inchworm inside it. our son's first soft toy. =)
detail untuk lamaze inchworm ---> klik sini. ije beli dengan harga RM35 je termasuk kos pos. rasa bagus soft toy ni sebab ada macam-macam bunyi. colourful. dan ada pita pengukur siap! boleh ukur tinggi baby. haha.
detail untuk baby sleeper ---> klik sini. beli sebab rasa perlu untuk bawa baby tidur bersama di katil. kang ibubapa tindih bayi. sape nak tanggungjawab. =P
stroller yang dibeli memenuhi kriteria idaman seperti trifold yang menjimatkan ruang, light weight yang mudah di usung kiri kanan, fully recline yang membolehkan baby baring. tapi handle dia tak reversible. =( tak boleh tengok baby depan mata masa tolak stroller. kira beli tutup mata je la. terima seadanya. ehe.
toys yang mana menjadi mainan bapa dulu. sang bapa semangat nak beli hard toys macam ni. layankan aje.
fisher price drum roll
toy'r'us dump truck shape sorter
fisher price tortoise hammer toy
satu benda yang saya realise ialah, kami dulu belajar buat degree sama-sama. isi kandungan otak dan minda kami lebih kurang. kami memilih toys with multiple intelligences. kahkahkah. ayat macam zaman studi dulu kala. we stress on visual (colours), kinesthetic (motor skill), natural pun ada sebab baby belajar shape di atas badan kura-kura. =P
tengok atas almari tu, ada bead wood toys yang menekankan aspek motor skill kot. ibubapa yang semangat nak bayi belajar itu ini. bayinya entah mahu ke tidak. haha. harap-harap berbaloi la.
becoming toys yang sedang dalam proses penghantaran pos ialah..

lamaze bee and bettle wrist and booties.. RM25/set

tolo germany clock. RM32/pc

priddy cloth books. RM30/set
*is now looking for bath book. =P alahai mak bayi ini.. macam-macam nak diadakan di rumah untuk bayi beliau. =P
p/s: bila tiba saatnya, saya sedar.. ia berlaku secara automatik. dulu mengadap laptop menatap tentang blouse cantik-cantik dari jepun dan korea. kini asyik belek web baby je. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)



