Posts

Showing posts from September, 2014

Kalsium dan Vitamin D untuk Osteoporosis

Image
Kerapuhan tulang merupakan proses penuaan secara semulajadi, yang bermula seawal umur 30 tahun, terutamanya bagi wanita yang pernah hamil dan melahirkan anak. Kerapuhan tulang menjadi semakin serius apabila jisim tulang yang semakin berkurangan dengan ketara, lebih-lebih lagi selepas wanita putus haid. Keadaan ini dikenali sebagai osteoporosis di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Sebagai mana kita semua tahu, kalsium merupakan kandungan utama tulang. Oleh itu, bagi mencegah atau merawat osteoporosis dan menguatkan tulang, pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi sangat penting, sama ada bersumberkan daripada makanan segar atau suplemen. Vitamin D diperlukan oleh badan bagi menyerap kalsium . Tanpa vitamin D yang mencukupi, penyerapan kalsium oleh badan kurang berkesan Sumber Kalsium dan Vitamin D Kalsium terdapat dalam pelbagai jenis makanan termasuklah produk tenusu (seperti susu segar, yogurt, keju), sayur-sayuran (seperti brokoli, kobis), ikan sard

Usia dan Kesuburan

Image
Umur memang antara faktor yang memainkan peranan dalam kesuburan wanita. Mengikut kajian, lebih meningkat umur semakin menurun tahap kesuburan.  Secara saintifiknya, ia disebabkan oleh berkurangannya telur yang berku aliti dikeluarkan oleh ovari apabila umur semakin meningkat. Pengwujudan scars disebabkan pelbagai faktor keadaan tubuh badan yang dipengaruhi oleh gaya hidup dan pemakanan pada tisu-tisu rahim termasuk tiub fallopian turut menyumbang kepada ketidaksuburan. Wujudnya endometriosis, cyst, fibroids dan sebagainya yang mengganggu tahap kesihatan wanita. Kepada wanita, hargailah tubuh anda bukan untuk tujuan kesuburan saja tapi untuk tujuan kesihatan dan mengelakkan sebarang penyakit. Apa pun, berserahlah pada Allah. Apa Shaklee Boleh Bantu? Saya kongsikan beberapa produk yang boleh membantu kesuburan wanita. Alfalfa Complex 330 tabs. Runcit RM53 700 tabs. Runcit RM98 Hubungi saya (018-270 4872) untuk harga istimewa membantu mengatasi rasa 'sakit

5 Vitamin Bantu Turunkan Berat Badan

Image
Hari ini saya kongsikan info untuk anda yang serius ingin turunkan berat badan. Terdapat 5 vitamin penting yang harus anda tahu yang dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan. 1. VITAMIN D Insulin berfungsi untuk membantu glukos masuk ke sel tubuh yang kemudiannya dibakar untuk menghasilkan tenaga. Vitamin D membantu tubuh bertindak balas terhadap insulin . Semakin sensitif sel badan anda terhadap insulin, semakin banyak pembakaran glukos kepada tenaga boleh berlaku, jika sel tubuh kurang sensitif terhadap insulin kebarangkalian kalori yang anda makan akan tersimpan di dalam sel lemak adalah lebih tinggi. Kekurangan Vitamin D juga memberi pengaruh kepada hormon Leptin . Hormon ini bertindak memberitahu kita bila waktunya untuk berhenti makan . Jika fungsi leptin terganggu, otak kita akan gagal memberitahu tubuh untuk berhenti makan dan akan terus makan walaupun sudah kenyang. Produk Shaklee yang mana mempunyai bekalan Vitamin D? Teruskan

Penyusuan Susu Ibu Memberi Manfaat Kepada Otak Bayi

Image
Anda mempunyai bayi kecil? Ingin memberikan susu ibu kepada anak anda? Teruskan membaca artikel yang saya kongsikan pada hari ini. InsyaAllah niat anda untuk menyusukan bayi dengan susu ibu boleh dicapai. Artikel ini dirujuk daripada https://news.brown.edu.  Satu hasil kajian berasaskan imej otak daripada "tenang" mesin MRI meningkatkan bukti bahawa penyusuan susu ibu dapat meningkatkan perkembangan otak bayi. Menyusukan sahaja membantu perkembangan otak yang lebih baik dibandingkan dengan gabungan susu ibu dan formula. Providence, RI [Universiti Brown] - Satu kajian baru oleh penyelidik dari Universiti Brown mendapati lebih banyak bukti bahawa penyusuan susu ibu adalah baik untuk otak bayi.  Penyusuan Eksklusif 3 Bulan Pertama Kajian khusus yang dijalankan, pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk melihat pertumbuhan otak dalam sampel kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Kajian ini mendapati bahawa dengan usia 2 tahun, bayi yang disusui secara eksklusif sekurang-kurangn

Bahaya Haid Tidak Teratur

Image
Kitaran Haid Normal vs Haid Tidak Teratur HAID REGULAR bermaksud kitaran antara 25 ke 35 hari. Jadi kalau haid datang awal sikit atau lewat sikit tetapi tidak lebih dari kitaran 35 hari ianya masih norma l. Yang saya ingin ketengahkan adalah haid yang tidak normal. Antara situasi yang biasa terjadi ialah: haid datang beberapa bulan sekali haid tidak datang langsung  haid datang terlalu kerap dan lama.  Lebih dari 90% pesakit yang ada masalah ini sebenarnya mengalami sindrom Polycystic Ovary  ( PCOS ) ditandai dengan haid yang tidak teratur, lebihan hormon testosterone apabila diambil darah atau lebihan bulu pada tempat yang tidak sepatutnya pada wanita seperti di atas dagu atau bibir atas menyerupai misai lelaki dan apabila doktor melakukan scan melalui faraj ovari mempunyai banyak anak anak telur kecil. Apa Kesan PCOS? Antara komplikasi  P COS  adalah penukaran sel dinding rahim menjadi prakanser dan kanser . Saya mempunyai ramai pesakit yang mengalami

Pendidikan Awal : Alternatif Kepada 'JANGAN'

Image
Perkataan ‘jangan’ seolah-olah menjadi kemestian kepada semua ibu ayah yang mempunyai anak kecil terutama yang berusia tiga tahun ke atas. Ada alternatif lain kan? Cuba baca dalam artikel ini. (Perkongsian daripada Pa&Ma  Karangkraf ) Biarpun sering mengungkap kata ‘jangan’ tetapi si kecil mungkin hanya mengabaikan sahaja kata larangan tersebut. Dalam membesarkan anak, ibu ayah berusaha sebaik mungkin untuk memberikan didikan yang terbaik , mendisiplinkan mereka supaya membesar sebagai anak yang berakhlak . Apakah ia satu kemestian untuk kita sering menyatakan ‘jangan’ untuk setiap pergerakan mereka yang dirasakan menyalahi peraturan? Sebenarnya ada banyak alternatif yang boleh digunakan oleh anda selain daripada kata larangan tersebut. Kanak-kanak biasanya akan menjadi kebal dengan sesuatu perkara itu jika terlalu kerap mendengarnya. Oleh itu semuanya bergantung kepada anda sendiri sebagai orang tua sama ada untuk terus membiarkan anak melakukan masalah atau mengajarn