Anencephaly : Kepentingan Asid Folik 3 Bulan Sebelum Mengandung

'Bayi hidup tapi tiada pembentukan tulang kepala yakni tengkorak - Anencephaly” Apa itu Anencephaly? Struktur sistem saraf bagi berasal dari struktur yang bernama neural plate . Pada 28 hari selepas persenyawaan, neural plate akan terlipat antara satu sama lain dan menutup membentuk satu struktur berbentuk silinder ( neural tube). Masalah berlaku apabila struktur ini tidak menutup dengan sempurna menyebabkan terjadinya kecacatan neural tube. Ada beberapa jenis - spina bifida , anencephaly dan encephalocele. Menyebut mengenai anencephaly, ianya melibatkan hilangnya tulang tengkorak sama ada secara penuh atau pun separa. Bila tiadanya tulang tengkorak ni, sebahagian otak juga turut hilang ataupun kalau ada sekalipun struktur otak menjadi sangat kecil. Ada juga ketidaknormalan pada muka dan leher bayi tersebut. Keadaan ini dipercayai melibatkan kombinasi faktor genetik dan pengaruh persekiraran yang doktor sendiri tak boleh nak ...