Anencephaly : Kepentingan Asid Folik 3 Bulan Sebelum Mengandung
'Bayi hidup tapi tiada pembentukan tulang kepala yakni tengkorak -
Anencephaly”
Struktur sistem saraf bagi berasal dari struktur yang
bernama neural plate. Pada 28 hari selepas persenyawaan, neural plate akan
terlipat antara satu sama lain dan menutup membentuk satu struktur berbentuk
silinder (neural tube).
Masalah berlaku apabila struktur ini tidak
menutup dengan sempurna menyebabkan terjadinya kecacatan neural tube. Ada
beberapa jenis - spina bifida , anencephaly dan encephalocele.
Menyebut mengenai anencephaly, ianya melibatkan hilangnya
tulang tengkorak sama ada secara penuh atau pun separa. Bila tiadanya tulang
tengkorak ni, sebahagian otak juga turut hilang ataupun kalau ada sekalipun
struktur otak menjadi sangat kecil. Ada juga ketidaknormalan pada muka dan
leher bayi tersebut.
Keadaan ini dipercayai melibatkan kombinasi faktor genetik
dan pengaruh persekiraran yang doktor sendiri tak boleh nak fahami secara 100%. Anencephaly berlaku dalam 6 kes di dalam 10 000 kelahiran.
Boleh kesan Anencephaly ketika hamil
Ketika melakukan pemeriksaan scan, seawal 11-14 minggu
kehamilan. Kalau lebih awal dari 11 minggu tak sesuai sebab pembentukan tulang
tengkorak belum selesai. Masa buat detail scan 18-21 minggu, senang sangat nak
nampak dan boleh confirm ketidaknormalan ini.
Kadang-kadang susah nak betul-betul pastikan anencephaly
ni. Scan berulang kali diperlukan untuk benar-benar pasti.
Tiada rawatan untuk Anencephaly
Bayi anencephaly tidak
boleh hidup bila dilahirkan dan kebanyakkan bayi ini akan meninggal sebelum
dilahirkan ataupun mati beberapa jam selepas dilahirkan. Ada kes yang bayi
seperti ini boleh hidup selama beberapa hari, tapi sangat jarang berlaku.
Bila pernah terjadi sekali, akan ada peluang untuk ianya
berulang lagi. 1 dalam 50 (2%)
Ambil asid folik 3 bulan sebelum hamil
Maka, semua wanita disarankan untuk mengambil asid folik
400mcg sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil sehingga minggu ke 12
kehamilan. Kalau sehingga bersalin, lagi bagus.
Untuk wanita yang pernah ada bayi anencephaly atau mereka yang
ada kencing manis sebelum hamil, dos folik asid adalah tinggi - sebanyak 5mg
perlu diberikan 3 bulan sebelum merancang untuk hamil lagi. Usaha ini dapat
mengurangkan risiko mendapat bayi dengan anencephaly atau kecacatan tiub neural.
Pasangan yang pernah ada masalah bayi anencephaly jika
berpeluang boleh berjumpa genetic counsellor untuk berbincang risiko mendapat
anak sekali lagi dengan anencephaly
Betul, kalau dah makan sebaldi asid folik sekalipun kalau
Allah dah takdirkan baby anencephaly, mmg akan dapat anencephaly jua. Bukan ke
kita perlu ikhtiar dan ikhtiar sebelum menyerah dan tawakkal? (sumber)
Apa kepentingan vitamin B kompleks? (sumber)
Vitamin B memainkan peranan penting dalam mengekalkan
kesihatan dan kesejahteraan yang baik. Sebagai blok bangunan badan yang sihat,
vitamin B mempunyai kesan langsung pada tahap tenaga anda, fungsi otak, dan
metabolisme sel.
Kompleks Vitamin B membantu mencegah jangkitan dan membantu
menyokong atau mempromosikan:
✔️kesihatan sel
✔️pertumbuhan sel darah merah
✔️tahap tenaga
✔️penglihatan yang baik
✔️fungsi otak yang sihat
✔️penghadaman yang baik
✔️selera makan yang sihat
✔️fungsi saraf yang betul
✔️hormon dan pengeluaran kolesterol
✔️kesihatan kardiovaskular
✔️nada otot
Pada wanita
Vitamin B sangat penting bagi wanita yang hamil dan menyusu.
Vitamin ini membantu dalam perkembangan otak janin serta mengurangkan risiko
kecacatan kelahiran.
Dan bagi ibu mengandung, vitamin B boleh meningkatkan tahap
tenaga, mengurangkan loya, dan menurunkan risiko mengembangkan preeklamsia.
Pada lelaki
Vitamin B dianggap meningkatkan kadar testosteron pada
lelaki, yang secara semula jadi berkurangan dengan usia. Mereka juga boleh
membantu lelaki membina otot dan meningkatkan kekuatan.
B-Complex Shaklee
Vitamin B-Complex Shaklee adalah merupakan gabungan lengkap daripada kesemua 8 jenis vitamin B yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5 (asid panthothenic)
5. B6 (pyridoxine)
6. B7 (biotin)
7. B9 (acid folic)
8. B12 (cobalamine)
120 tablet
RM58.75
Vitamin lengkap sebelum dan semasa hamil
Nak beli guna kad kredit sendiri? Boleh klik imej di bawah
Your Favourite Shaklee Distributor
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije)
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije)
SMS/WhatsApp : 018 270 4872
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci / @cikgu_ije
Comments