11 Tip Berpuasa Ibu Hamil dan Ibu Menyusu

Assalamualaikum. 

Hari ni kongsi pulak tentang puasa. InsyaAllah sama-sama meraih keberkatan Ramadhan. 



1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mula minum dari waktu sahur hingga menjelang imsak.

2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah yang mengandungi air. Kurangkan pengambilan makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik air daripada sel.

3. Ibu yang menyusukan bayi amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Ia juga merupakan sumber tenaga yang hebat dan semula jadi. Madu juga merupakan nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan susu ibu.

4. Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan dan oat.

7. Elakkan minuman berkafein dan bergas

8. Lebihkan direct feeding dan sesi mengepam pada waktu malam atau lakukan serentak.

9. Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam, itik daging. Pastikan juga pengambilan kalsium yang mencukupi.


10. Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda. 

*Shaklee menyediakan ESP yang membekalkan protein maksimum sepanjang berpuasa dan Ostematrix sebagai sumber kalsium yang terbaik.

11. Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu yang akan dihasilkan.




Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
♥ Emel : hifzan2286@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Manfaat Buah Kaduka / Haritaki / Chebulic Myrobalan

PELAJAR UNIVERSITI ADA INCOME RM5000 LEBIH SETIAP BULAN

Cara Makan Lecithin dan Alfalfa untuk Kuruskan Badan