33 Niat Penting Sebelum Membaca Al-Quran
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempena hari terakhir bulan Oktober 2017 ni, Cikgu Ije nak kongsi ilmu agama sikit. Hehe. Jom manfaatkan. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Ustaz Iqbal Zain pada 14 Ogos 2017. Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW : “Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.” فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan. Dari dua prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekal...