Bayi Tidak Berak
Bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Menurut pakar, susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Ianya NORMAL jika bayi apabila memasuki usia 2-3 bulan dan tidak berak selama beberapa hari. Apa yang perlu di ambil perhatian? Pastikan bayi kencing seperti biasa Perut tidak kembung atau keras Bayi aktif dan tidak kerap menangis ** menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan. Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya. **bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap Bila perlu merujuk pada doktor? Bayi sering menangis Perut bayi bengkak dan keras Bayi tidak mahu menyusu Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan pan...