Obesiti dan Pengiraan Kalori
Apa itu BMI?
IJT (BMI) ialah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.
Bagaimana seseorang mengira BMI?
BMI =
|
Berat badan (kg)
|
Tinggi (m) x Tinggi (m)
|
Apakah klasifikasi BMI?
Jika BMI anda
(kg/m²) adalah
|
Anda adalah
|
kurang 18.5
|
Kurang berat
badan
|
18.5 - 24.9
|
Mempunyai
berat badan unggul
|
25 – 30
|
Berlenihan
berat badan
|
30 atau lebih
|
Obes
|
Tahukah anda bahawa berlebihan atau
kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan?
- Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetes, kanser dan darah tinggi.
- Namun begitu, mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.
Bilakah anda dianggap sebagai kurang berat
badan?
Jika
BMI anda kurang daripada 18.5kg/m², anda adalah kurang berat badan.
Apa yang berlaku sekiranya seseorang itu
kurang berat badan?
- Kurang berat badan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat masalah kesihatan.
- Kurang berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan, keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.
Bagaimanakah seseorang boleh menambah berat
badan dengan cara yang sihat?
- Buat sasaran untuk penambahan berat badan dengan perlahan, iaitu di antara 1 hingga 2 kilogram sebulan. Anda harus mencapai sasaran untuk BMI di antara 18.5 dan 24.9 kg/m2.
- Kawal berat badan anda secara sihat:
- Amal makan secara sihat, dengan memilih dan memakan pelbagai jenis makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
- Pastikan anda makan mengikut waktu makan yang tetap.
- Rancang lebih awal untuk hidangan yang lebih. Untuk menambah berat badan, anda mungkin perlu makan makanan yang berkhasiat lebih dari biasa
- Ambil snek dengan bijak dengan memilih snek yang padat dengan nutrien bagi menambah kalori, vitamin dan mineral.
- Tentukan keperluan tenaga anda. Anda perlu pastikan tahap aktiviti fizikal anda untuk memastikan keperluan tenaga.
Apakah berat badan unggul?
- Anda mempunyai berat badan unggul sekiranya BMI anda adalah di antara 18.5 hingga 24.9/km².
- Kajian menunjukkan bahawa jangka hayat seseorang yang mempunyai BMI unggul adalah lebih tinggi daripada seseorang yang mempunyai BMI yang lebih rendah atau tinggi.
Bagaimanakah saya mengekalkan berat badan
yang unggul?
- Imbangkan pengambilan makanan anda dengan aktiviti fizikal.
- Tentukan keperluan tenaga anda.
- Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal. Jika anda sememangnya seorang yang sangat aktif, cuba teruskan kadar aktiviti yang sama, bersesuaian dengan umur anda.
Bilakah seseorang itu dianggap sebagai
mempunyai berlebihan berat badan?
Anda
adalah berlebihan berat badan jika BMI anda adalah 25 hingga kurang dari
30 kg/m². Jika BMI anda adalah 30 atau lebih, anda adalah obes.
Bagaimana seseorang itu boleh menurunkan
berat badan mereka?
- Tetapkan sasaran yang realistik untuk menurunkan setengah kilogram berat badan dalam seminggu.
- Pastikan keperluan tenaga anda.
- Timbang berat badan anda sekali seminggu, sebaik- baiknya sebelum makan.
- Makan makanan yang sihat secara sederhana berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
- Jangan sekali-kali menyekat diri untuk tidak makan atau mengehadkan kalori jika anda sangat lapar. Jika anda berbuat demikian, anda selalunya akan makan mengikut nafsu selepas itu.
- Buat beberapa modifikasi dalam diet anda.
- Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak seperti mentega,krim, daging yang berlemak, sos salad, kek dan pastri.
- Elakkan makan atau minum semasa menonton televisyen atau membaca. Lakukan senaman sederhana seperti berjalan laju, berbasikal dan berenang sekurang-kurangnya 30 minit, lima hingga enam hari seminggu.
- Jumpa doktor untuk mengenal pasti dan membetulkan masalah perubatan, biologikal atau fisiologikal yang berkaitan yang boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan.
- Jumpa pakar pemakanan untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan berat badan anda.
- Dapatkan sistem sokongan. Rakan-rakan adalah kumpulan sokongan yang bagus.
Rujukan
WHO.
Obesity : Preventing and managing the global epidemic. Report on a WHO
Consultation on Obesity, Geneva, 3-5 June 1997
The
American Dietetics Association, 1999. Proper weight measurement
Bagaimana
untuk menentukan Keperluan Tenaga anda ?
1.
Dapatkan
Ideal Body Weight (IBW)
Pada BMI 22.5
kg/m2, darabkan dengan ketinggian (m2) anda J
Contohnya :
è 22.5 x 1.5
x 1.5
è 50.6 kg
50.6 kg adalah
IBW bagi individu yang mempunyai ketinggian 150cm @ 1.5m.
2.
Tentukan
keperluan tenaga anda
Secara Quick
Method, apabila kita mengetahui IBW, hanya darabkan dengan 30 Kcal/kg
Oleh itu,
è 50.6 kg x 30 Kcal /kg
è 1518 Kcal per day
3.
Meal
Distribution
Secara kasar,
anggarkan keperluan karbohidrat adalah 50% daripada keperluan tenaga td.
Oleh itu,
è 50/100 x 1518
è 759 Kcal
·
Bahagikan
dengan 4 kerana 1 gram CHO mengandungi 4 Kcal
è 759 / 4
è 189.8 g karbohidrat sehari
·
Kemudian
bahagikan dengan 15 kerana 1 pertukaran / bahagian karbohidrat mengandungi 15
gm karbohidrat.
è 189.5 / 15
è 12.6
è ± 13 pertukaran karbohidrat sehari .
Oleh yang sedemikian, bahagikan 13 pertukaran CHO untuk
sehari, seperti dalam jadual di bawah :
WAKTU MAKAN
|
BIL PERTUKARAN CHO
|
CONTOH
|
Sarapan pagi
|
2
|
2 keping roti / 6 keping cracker
|
Minum pagi
|
1
|
3 keping crackers
|
Makan tengahari
|
3
+ 1
|
1 ½ cawan nasi
1 biji buah
|
Minum petang
|
1
|
1 biji pau sederhana
|
Makan malam
|
3
+ 1
|
1 ½ cawan mee hoon sup
1 biji buah
|
Minum malam
|
1
|
1 gelas susu ( 4 sudu makan)
|
TOTAL
|
13
|
Comments