ResV Shaklee : Guna Kapsul Gelatin Halal Atau Tidak?
Assalamualaikum dan hai semua! Pada 22/2/2020 berlangsungnya Shaklee Business Leaders' National Conference (BLNC) di PICC. ResV yang merupakan produk terbaharu Shaklee telah dilancarkan pada event BLNC tersebut. ResV Shaklee akan mula
dijual pada Mac 2020.
ResV Produk Terbaharu Shaklee
ResV memang sama macam Vivix. Tetapi
tidak serupa. Jadi hari ni Cikgu Ije nak kongsikan apakah itu ResV Shaklee, ramuan yang terdapat dalam ResV Shaklee, keistimewaan, manfaat dan kelebihan
yang boleh kita sama-sama perolehi daripada ResV Shaklee ini. Jomm!
ResV Shaklee
ResV adalah penemuan revolusi terbaharu daripada
Shaklee. ResV Shaklee dihasilkan secara saintifik yang direka untuk mengekalkan
keremajaan dan untuk hidup yang lebih bersemangat . Melalui pembangunan
bertahun-tahun bersama saintis-saintis terkemuka dan penyelidikan canggih
secara global, Shaklee telah berjaya menghasilkan ResV.
Kapsul ResV Shaklee
Untuk pengetahuan anda, Kaspsul ResV lebih pejal berbanding supplement kapsul Shaklee yang lain. Fungsinya supanya kandungan ResV tidak teroksidan dan mengekalkan kandungan polifenol.
Kapsul ResV mengandungi 2 selaput iaitu:
- Selaput bahagian luar kapsul diselaputi dengan bovine
- Selaput bahagian dalam kapsul pula diselaputi dengan hampas kulit anggur / biji anggur.
Mengikut piawaian KKM, ResV didaftarkan sebagai traditional medicine walaupun ResV ini bukan ubat. Sebab itu, dibahagian kotak ResV terpapar semua ramuan yang terkandung dalam ResV.
Gelatin kapsul ResV halal atau tidak?
Jom Cikgu Ije kongsi tentang 2 jenis gelatin. Gelatin boleh didapati daripada pelbagai sumber kolagen haiwan seperti ikan, lembu, kerbau dan babi melalui proses hidrolisis. Terdapat 2 jenis gelatin yang dibezakan melalui cara penghasilan iaitu sama ada menggunakan alkali atau asid.
1) Gelatin jenis A:
- Diperoleh dengan cara pengasidan.
- Majoriti gelatin jenis ini diperoleh daripada kulit babi yang kolagennya masih muda.
- Gelatin daripada sumber ikan juga dihasilkan daripada proses pengasidan ini.
2) Gelatin jenis B:
- Diperoleh dengan cara menggunakan alkali atau air kapur.
- Sumber untuk memproses gelatin ini adalah daripada lembu, kerbau atau kambing.
- Gelatin jenis ini juga dikenali sebagai ‘beef bovine’ atau ‘bovine’.
- Banyak dihasilkan daripada sumber lembu.
- Gelatin jenis ini lebih sukar untuk dihasilkan kerana menggunakan kolagen yang matang.
Untuk pengetahuan, tiada gelatin daripada sumber tumbuhan. Alternatif kepada penggunaan gelatin adalah gum tumbuhan seperti carrageenan dan Arabic gum. Kebiasaannya digunakan dalam industri farmaseutikal bagi penghasilan kapsul dan soft gel.
Dalam ResV ada polifenol?
ResV juga seperti Vivix, sama! ResV mengandungi campuran
proprietari, ekstrak polifenol botani semulajadi yang dipilih secara teliti
untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan optimum.
Jaminan daripada Shaklee semestinya:
- Semulajadi
- Tanpa warna tiruan
- Tanpa pemanis tiruan
- Tanpa pewarna tiruan
- Tanpa pengawet
- Tanpa gluten tambahan
Apakah polifenol?
Polifenol adalah bahan semula jadi yang didapati
dalam anggur tertentu, buah beri, herba dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan
sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas
kepada persekitaran yang bahaya.
Polifenol melindungi tumbuh-tumbuhan daripada
makhluk perosak, serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan
keadaan iklim yang bahaya dan tidak menentu.
Polifenol juga memberikan warna kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Sebab itu,
tumbuhan yang kaya dengan polifenol mampu hidup dalam cuaca yang melampau dan
mampu berdaya saing.
Polifenol adalah nutrien semulajadi untuk
mengekalkan keremajaan dan menjadikan hidup penuh bersemangat.
Apakah resveratrol?
Resveratrol adalah salah satu polifenol yang paling
berkuasa. Resveratrol telah mendapat reputasi sebagai ramuan penting untuk
mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik.
Ramuan ResV Shaklee
Vivix Shaklee mengandungi campuran propietari polifenol tumbuhan seperti Anggur Muscadine, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu.
Melalui penemuan formula revolusi baharu, ramuan ResV ditambah dengan lima
bahan lagi, menjadikan lapan bahan utama terdapat dalam ResV Shaklee. Campuran
8 bahan ini merupakan campuran proprietary spectrum polifenol yang luas.
Anggur Muscadine adalah buah anggur yang luar
biasa. Ciri-ciri unik ini membolehkan Anggur Muscadine mempunyai sifat
antioksidan yang sangat berkuasa iaitu 6 hingga 8 kali lebih daripada beri biru
dan jumlah asid Elagik dan Elagithanin, iaitu sejenis polifenol yang sangat
tinggi. Kedua-dua polifenol yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan
Japanese Knotweed atau dikenali sebagai Polygium
Cuspidatum adalah perenial yang besar berasal dari Asia. Ia juga ditemui di
Amerika Utara dan Eropah. Japanese Knotweed ini kaya dengan Resveratrol.
Resveratrol adalah salah satu polifenol yang paling banyak dikaji dan telah
mendapat reputasi untuk kesihatan yang lebih baik.
Lobak ungu salah satu sumber semulajadi yang kaya
antioksidan. Walaupun semua jenis lobak adalah sihat dan bernutrisi, lobak ungu
mengandungi antioksidan berkuasa iaitu Antosianin dan Lutein yang mempunyai
manfaat kesihatan luar biasa
Chebulic Myrobalan (buah kaduka) adalah herba teraputik Ayurveda.
Chebulic Myrobalan mengandungi polifenol penting seperti Asid Galik dan Asid
Elagik.
Anggur hitam sangat kaya dengan vitamin, sehingga
dikenali sebagai “superstar vitamin”. Sumber vitamin C yang sangat baik hampir
empat kali ganda lebih banyak daripada buah oren. Anggur hitam juga mengandungi
Polifenol Antosianin dan Sianidin.
Buah delima adalah salah satu buah yang paling
sihat di dunia. Buah delima penuh dengan nutrien penting dan secara amnya
dikaitkan dengan kandungan polifenol yang tinggi seperti Elagitanin, Asid
Elagik, dan Flavonoid lain (Quercetin, kaempferol dan luteolin glycosides).
Buah anggur merah kaya dengan antioksidan dan
serat. Kulit dan biji anggur yang boleh dimakan, kaya dengan antioksidan,
terutamanya Resveratrol. Ia juga mengandungi polifenol seperti Proantosianidin.
Keistimewaan ResV Shaklee
Unik dan Ekslusif
Keistimewaan ResV Shaklee adalah ResV disokong oleh
6 paten. Shaklee menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan
segala kebaikan polifenol dalam ResV supaya boleh menikmati kandungan nutrisi
dan manfaatnya secara sepenuhnya.
Pertanian Secara Berterusan
Shaklee komited kepada piawaian yang tertinggi
dalam pertanian mesra alam dan berterusan supaya anda boleh menikmati nutrient
yang bermanfaat dengan kepakatan tertinggi sepanjang tahun.
Tidak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk
Kapsul lembut ResV tidak perlu disimpan dalam peti
sejuk dan mempunyai jangka hayat selama 24 bulan (Kekal segar sehingga 24
bulan). Ia sangat memudahkan anda boleh mengambilnya dimana-mana dan bila-bila
sahaja.
Dos Harian ResV Shaklee
Dos harian bagi ResV Shaklee adalah 2 biji sehari
selepas makan.
Bagi menikmati kehidupan yang penuh bertenaga dan
kecergasan yang optimum, serta menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih
bersemangat, anda digalakan untuk mengambil ResV dan Vivix juga.
Manfaat Polifenol dalam ResV
- Meningkatkan tenaga dan menguatkan otot
- Kulit yang kelihatan lebih muda
- Mengekalkan paras gula darah sihat
- Menggalakkan detoksifikasi badan dan pembersihan yang efektif
- Menggalakkan kesihatan peredaran
- Menggalakkan kekal tajam dan fokus
- Memelihara dan menyokong keselesaan sendi
- Boleh melindungi daripada pertumbuhan sel abnormal
Kelebihan Res-V
- Ia berbentuk liquid gel, jadi mudah nak travel ke mana-mana.
- Tidak perlu simpan dalam peti ais. Mampu bertahan sehingga 24 bulan.
- Mengandungi tambahan 5 lagi ramuan berbanding produk Vivix
- Mempunyai kuasa 30x ganda lebih polifenol.
- Disokong 6 paten
ResV lebih hebat berbanding Vivix?
Walaupun ResV sama macam Vivix tetapi ianya tidak serupa. Ini kerana:
- Sejajar dengan penemuan formula dan revolusi baharu, para saintis menambahkan beberapa ramuan baru di dalam Res-V menjadikan resV 30X ganda lebih sebatian polifenol.
- Spektrum polifenol untuk Res-V telah berubah dan jumlah polifenol bagi setiap hidangan juga telah dipertingkatkan. Dalam kajian makmal, formula Res-V yang baru ini terbukti 30% lebih berkuasa untuk menghalang pembentukan protein AGE berbanding dengan formula sebelumnya.
- Disokong oleh enam paten, ResV mengandungi proprietary, semua campuran semulajadi dari spektrum polifenol yang luas berdasarkan anggur muscadine yang memaparkan kepekatan asid elagik dan Elagithanin yang lebih baik berbanding anggur lain, apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang lebih hebat.
Walau bagaimanapun, pengambilan gabungan duo supplement
Vivix dan ResV adalah lebih bagus dan digalakkan kerana kedua-duanya menawarkan
pelbagai manfaat kesihatan untuk anda
Perhatian: Produk ini tidak bertujuan untuk
dianogsis, merawat, mengubati, dan mencegah sebarang penyakit.
Baca : Artikel Lain ResV Shaklee
Your Favourite Shaklee Distributor
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije)
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije)
SMS/WhatsApp : 018 270 4872
Personal FB : Hifzan Zanini
Comments