4 Cara Rawat Demam Denggi Dengan Cepat


Cikgu Ije tinggal di Kluang, Johor. Sejak bulan Mac lepas sehingga artikel ini ditulis pada 2 Ogos, Kluang masih berjaga-jaga dengan jangkitan denggi ini. Seraaammm!

APA ITU DENGGI?

Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana tiada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini . Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.

Pesakit denggi biasanya mengambil tempoh sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.



Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong didalam keluarga tagaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis serotype virus yang telah dikenal pasti iaitu den 1 , den 2 , den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza.

Namun begitu , kekebalan yang dihasilkan oleh perahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat iaitu empat hingga lima hari pada tahap awal penyakit.

Cara penyebarannya iailah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.

SIMPTOM DAN RAWATAN DEMAM DENGGI

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit demam denggi bergantung kepada jenis demam denggi.


1. Demam denggi klasikal

Simptom demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlaku selama- 2-7 hari. Sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah dibawah kulit juga boleh didapati. Hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

Rawatan yang diberi adalah menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari pendarahan berlaku.

2. Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti pendarahan yang berlaku seperti bintik-bintik merah dibawah kulit, pendarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang-kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal jangkitan. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter dibawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan.

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juag meningkatkan risiko terjadinya sawan. Oleh itu demam patut dikawal. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala pendarahan dan sawan dapat dikesan awal.
KESAN KEPADA PESAKIT SEKIRANYA TIDAK MENDAPAT RAWATAN

Demam denggi berdarah yang mempunyai tanda-tanda diatas dan juga pendarahan akan menyebabkan: 

✔️Mudah lebam
✔️Pendarahan dibawah kulit, hidung atau gusi.
✔️Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.

DENGGI PENYAKIT SELF LIMITING

Self limiting bermaksud selepas suatu jangkamasa, jangkitan denggi akan sembuh sendiri. Jus betik, sup ketam atau jus jambu tak membuatkan denggi sembuh lebih cepat dari biasa. Yang menyembuhkan adalah masa itu sendiri.

Walaupun self limiting, tidak bermakna anda boleh merawat diri sendiri. Anda memerlukan rawatan sokongan bagi memastikan anda terus hidup dan stabil sehinggalah denggi itu berakhir sendiri.
CADANGAN VITAMIN CEGAH DENGGI SHAKLEE


Sekiranya anda dikesan menghidapi demam denggi, tidak ada rawatan khas di hospital. Tetapi, pihak hospital akan membuat ujian darah berkala dan pastikan anda minum banyak air.

AIR ialah rawatan untuk demam denggi yang paling berkesan setakat ini. Elakkan badan kekurangan air. Minum air dengan banyak, dan kekal hidrat. Jadi kenapa perlu ambil vitamin cegah denggi Shaklee?

Vitamin mampu membantu mengurangkan simptom dan radang akibat denggi. Vitamin Shaklee membantu melalui 3 cara:

✔️ meningkatkan tahap imunisasi bagi melawan jangkitan virus
✔️ mengembalikan isotonik dalam badan
✔️ memulihkan kembali sel-sel yang musnah akibat serangan denggi. 

Cikgu Ije sangat menyarankan anda untuk cuba mengambil supplement Shaklee sebagai ikhtiar untuk kembali sembuh. 





Shaklee ialah syarikat vitamin yang sudah lebih 30 tahun di pasaran Malaysia. Vitamin yang dikeluarkan telah melalui pelbagai ujian, ditapis lebih dari 350 bahan kimia bahaya menjadikan ia beyond organic. Ya, bukan sekadar organik tapi beyond organic. Terbukti berkesan, selamat dan semestinya halal.

TESTIMONI












WhatsApp Cikgu Ije. Klik 018 270 4872
Nak beli guna kad kredit sendiri? Boleh klik imej di bawah
Your Favourite Shaklee Distributor
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : 018 270 4872
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci / @cikgu_ije

Comments

Popular posts from this blog

Manfaat Buah Kaduka / Haritaki / Chebulic Myrobalan

PELAJAR UNIVERSITI ADA INCOME RM5000 LEBIH SETIAP BULAN

Cara Makan Lecithin dan Alfalfa untuk Kuruskan Badan