Bagaimana Collagen Powder Shaklee Atasi Rambut Gugur, Nipis Dan Botak?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini Cikgu Ije nak kongsikan berkaitan kolagen dan rambut. Ada ramuan terbaik dalam Collagen Powder Shaklee yang telah membantu ramai orang mengatasi masalah rambut. Sebelum berceloteh lebih panjang, jom kita mulakan dengan faktor berlakunya masalah rambut. Faktor timbul masalah rambut Berikut adalah 4 faktor utama berlakunya masalah rambut. Cuba semak jika salah satu atau lebih daripada faktor ini ada pada anda. Penurunan mendadak estrogen selepas bersalin : Kandungan estrogen yang tinggi semasa mengandung menyebabkan pembentukan kulit rambut yang sihat dan ia mengunci akar rambut dengan kuat, maka pertumbahan rambut berlaku dengan baik. Tetapi sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur . Pengambilan makanan berproses sebagai diet harian : Rambut juga seperti rumput hijau di padang, perlukan bekalan nutrient dan air yang cukup agar ia tumbuh subur. P...