Atasi Dengkur Dengan Berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi info tentang dengkur. Jika baru berkahwin atau menyewa bersama rakan baru, agak segan jika kita adalah pendengkur tegar. Malah dengkur membahayakan kesihatan kerana ia melibatkan pernafasan. Jom baca!
Fakta tentang dengkur
- Satu daripada lima penduduk dunia berdengkur. -Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.
- Lelaki lebih banyak berdengkur. - Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan. Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.
- Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur - Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.
- Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur. - Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.
- Berlebihan berat badan menyebabkan berdengkur. - Berlebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.
- Pil tidur dan ubat penenang menambah risiko berdengkur. - Ubat-ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.
- Wanita berumur 50an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. - Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut. Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%. Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki
- Berdengkur menandakan penyakit. - Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur.Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya. Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.
- Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel. - Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya.
- Merokok menyebabkan berdengkur - Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur.
Cara atasi dengkur
Daripada kita terus mengganggu tidur orang lain, apa kata
kita cuba untuk kurangkan masalah tu. Taklah segan sangat bila terpaksa menumpang dekat rumah
orang nanti. Jangan
sebab dengkuran berkuasa turbo kita, tuan rumah yang tak boleh tidur.
- Ubah Posisi Tidur
Bila lidah, langit-langit, tonsil atau otot dibelakang
kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita
berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini, sebab bila kita terlentang lidah
akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara. Untuk elakkan masalah ini, cuba tidur
mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.
- Turunkan berat badan
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan
leher yang tebal dan berkemungkinan menyebabkan risiko
berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda, agar lemak yang terkumpul
di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.
- Hindari Ubat Penenang/Sedatif
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja
produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu
sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam
kerongkong.
- Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca
berdengkur, jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala
yang dah dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara
menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang,
kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.
- Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana
masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk
dan hama. Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat
bekalan udara yang bersih.
Jika semua petua di atas dah dipraktikkan tetapi masih tak berjaya juga. Apa kata kita cuba supplement yang dapat membantu atasi dengkur ini.
VITAMIN E mempunyai antioksida dan membantu proses
pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan
saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel
darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih berkesan.
Klik Vita-E Complex untuk info lanjut dan testimoni pengguna. Berminat? Ayuh hubungi saya.
JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
- Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
- Semulajadi
- Berkesan
- Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
- Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?
Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.
NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
- belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
- belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1233 547)
- hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram +6018 270 4872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan / belian melalui saya
Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link.
Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah.
Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat.
NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, DARE TO DREAM TEAM (D2DT) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.
Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.
Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije)
SMS/WhatsApp : +6018 270 4872
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci
Comments