10 Tips Cuci Usus Cara Semulajadi. Dah tahu MESTI Buat!
Assalamualaikum dan salam sejahtera! Usus atau kolon adalah sebahagian daripada sistem
penghadaman manusia. Kalau tak ada usus, makanan yang kita makan tak dapat diproses dan zat yang ada dalam makanan pun takkan dapat sampai ke bahagian tubuh
yang lain.
Kalau usus rosak, jadilah kita ibarat tong sampah yang hanya
menerima lebihan makanan, tetapi tak dapat berbuat apa-apa.
Selain berfungsi memproses makanan dan menyerap zat makanan,
usus juga berfungsi sebagai tempat menyingkirkan bahan buangan yang tidak
berguna setelah habis digunakan. Tapi kalau ia rosak, ia mula menyerap toksin
dan bahan yang dikumpulkan. Bukan lagi membuangnya.
Dan daripada itu, bermulalah macam-macam ketakselesaan perut
seperti angin, kembung, sembelit, naik berat badan, tidak bertenaga, lemah dan
lesu, sakit kepala malah juga sakit kronik!
Ini semua disebabkan lambakan makanan yang tidak dapat di
hadam oleh usus termasuk makanan yang mengandungi penambah perisa, pewarna,
pengawet dan bahan kima tidak berguna yang lain. Bahan-bahan ini akan berkumpul
dalam kolon, menghasilkan toksin dan mula meracun tubuh.
Sebab itu kita mesti melakukan permbersihan kolon (colon
cleansing) atau nyahtoksin untuk membuang segala toksin, dan membantu
perkembangan bakteria usus yang baik.
Kalau usus dah bersih, barulah badan akan sihat, kulit akan
cantik, tubuh bertenaga, sebab semua zat-zat yang sangat diperlukan dapat
diserap oleh badan dengan lancar!
Jadi, di bawah ini ada sepuluh cara mudah lagi murah untuk
cuci usus kita sendiri. Bahan-bahan pun senang dapat dan sah-sah la semulajadi.
Tips #1. Air kosong
Ramai orang pandang remeh dengan air kosong.
Mentang-mentanglah kosong, tiada warna dan rasa.
Istiqomah lah minum 8-10 gelas air kosong sepanjang hari.
Air kosong dapat melancarkan perjalanan usus dan darah,
kosong kalori (tak menggemukkan), dan boleh buat sel yang tua kembali muda.
Macam aunty dalam gambar ni.
Tips #2. Jus epal
Minum jus epal secara kerap dapat memperbaiki pergerakan
usus, memecahkan toksin, dan memperbaiki kesihatan organ hati dan penghadaman.
Mulakan awal pagi dengan segelas jus epal segar (atau boleh
minum jus epal organik). Kemudian, ikuti dengan air kosong 30 minit kemudian.
Ulang langkah ini beberapa kali sepanjang hari.
Tips #3. Jus lemon
Lemon sangat kaya dengan vitamin C yang membantu proses
penghadaman.
Campurkan sebiji lemon (yang dihiris) dengan secubit garam
dan sedikit madu ke dalam air suam. Minum setiap pagi semasa perut kosong. Ini
akan membantu kita tambah tenaga, senang membuang dan mencantikkan kulit juga.
Tips #4. Jus sayuran mentah
Kalau serius nak bersihkan usus dan kolon, cuba 'puasa'
daripada makan makanan pejal selama dua hari, tapi minum jus sayur ni je.
Sayuran hijau mengandungi klorofil yang bertindak membuang toksin dengan
berkesan.
Antara sayuran yang boleh dibuat jus ialah lobak, ubi bit,
bayam, timun, dan sebagainya. Kisar, dan minumlah jus ini semasa perut kosong.
Tips #5. Makanan tinggi serat
Makanan tinggi serat dapat membantu mencuci usus,
melembutkan najis dan memperbaiki pergerakan usus yang menggalakkan pembuangan
bahan buangan.
Makan banyak makanan berserat seperti buah-buahan,
sayur-sayuran, bijirin, gandum, dan kekacang.
Tips #6. Yogurt
Yogurt segar mengandungi prebiotic iaitu kultur hidup yang
menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam salur usus. Ia juga kaya kalsium
yang dapat mencegah pertumbuhan lapisan sel dalam kolon.
Yogurt dapat selesaikan banyak masalah penghadaman seperti
angin, ketidakhadaman, sembelit dan sebagainya.
Kita boleh amalkan minuman yogurt atau campurkan dengan
buahan segar seperti beri, pisang, epal, limau, dan macam-macam lagi ikut
kesukaan.
Tips #7. Flaxseed
Bijian daripada sejenis pokok (pokok flax) ini sangat kaya
dengan omega-3, bersifat antioksidan dan tinggi kandungan serat. Apabila kita
mengambil flaxseed, ia akan menyerap air, dan kembang dalam usus. Jadi ia
membantu menyerap segala toksin dan mukus yang tak berguna dalam usus dan
membuangnya. Flaxseed ini juga dapat membantu mencegah kanser, sakit jantung
dan diabetes.
Caranya, boleh campurkan flaxseed ini ke dalam minuman,
yogurt, atau salad. Lagi baik jika tambahkan sesudu flaxseed ke dalam air
kosong dan minum awal pagi semasa perut kosong atau sebelum tidur untuk kesan
lebih pantas.
Flaxseed yang organik boleh di dapati di kedai yang menjual
produk organik.
Tips #8. Garam laut
Masukkan sesudu garam ke dalam segelas air dan didihkan.
Minum campuran ini semasa perut kosong di awal pagi. Tunggu beberapa minit,
kemudian berbaring. Lakukan urutan pada bahagian perut untuk meransang
pergerakan usus. Ini juga dapat membuang toksin berbahaya, kerak usus, parasit
dan bakteria daripada salur usus.
Lakukan teknik ini lima kali dalam sebulan tapi pastikan
anda tidak mempunyai penyakit seperti tekanan darah tinggi atau masalah
jantung.
Tips #9. Aloe vera
Aloe vera mempunyai kemampuan detoksifikasi dan bertindak
sebagai laksatif yang dapat memperbaiki masalah seperti sakit kepala, jangkitan
kulit, cirit-birit, gastrik dan sembelit.
Campurkan jus lemon dan gel aloe vera bersama dan kisar
untuk mendapatkan jus yang halus dan lembut. Simpan beberapa jam di dalam peti
ais dan kemudian minumlah beberapa kali selama beberapa hari.
Tips #10. Halia
Halia memang herba nombor satu untuk membuang angin dan
memberi keselesaan kepada perut.
Boleh makan potongan halia begitu saja atau masukkan ke
dalam jus lemon, teh, dan masukkan ke dalam masakkan.
Apa Shaklee boleh bantu?
Perut dan usus yang kotor, punca penyakit dan kalau penyakit
susah nak sembuh lepas berubat, cucilah usus terlebih dahulu.
Apabila usus dah bersih daripada toksin berbahaya,
insyaAllah tubuh badan juga akan sihat keseluruhannya.
Saya ada cara lebih mudah, murah dan pantas! Cuma amalkan
Herb-lax insyaAllah semua kekotoran usus termasuk kerak, mukus, kolesterol,
lemak dan sisa-sisa yang tertinggal dalam usus dapat dibersihkan dengan
lancar..
Tambahan Tips dari saya Tips #11 : Herb-Lax
Sejak saya menceburi bidang pengedaran Shaklee pada 2013, sudah beratus botol Herb-Lax telah dijual. Boleh dikatakan saban hari pasti ada yang bertanyakan tentang produk hebat ini.
- Perut buncit
- Kentut busuk
- Mulut berbau
- Sukar membuang
- Sembelit
- Tak puas membuang
- Mahu kurus
Semua masalah di atas boleh di atasi dengan Herb-Lax!
Amalan pemakanan yang kaya dengan serat, pengambilan air
yang banyak dan senaman yang kerap menyumbang kepada perkumuhan yang lancar.
Untuk melegakan masalah sembelit yang berlaku sekali sekala, Herb-Lax adalah
pilihan yang paling tepat.
- Laksatif yang bertindak lembut untuk digunakan apabila perlu
- Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh
- Daun Senna telah digunakan secara tradisional sejak berkurun lamanya sebagai laksatif semula jadi. KKLIU: 2585/2014
Apa kata pengguna?
Testimoni 1
Testimoni 2
Testimoni 3
Testimoni 4
Testimoni 5
Testimoni 5
Berminat? Ayuh hubungi saya.
JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
- Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
- Semulajadi
- Berkesan
- Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
- Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?
Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN
Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Kluang. Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.
SAYA NAK BELI SET SHAKLEE!
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
- belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit
- belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 933 313)
- hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram 018 270 4872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan
Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link.
Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit? Klik imej dibawah.
Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat
Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau pendaftaran sebagai ahli Shaklee.
Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije)
SMS/WhatsApp : 018-270 4872
FB Page: Vitamin Suci
Comments