Minum Air 3 Liter Sehari : Air Suam atau Air Sejuk?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel ini cuba melihat kebaikan mengamalkan meminum air
suam, anda mesti baca hingga ke noktah terakhir. Banyak info yang perlu anda tahu.
Air Sejuk VS Air Suam
Petua dan Kebaikan Kesihatan
Kenapa perlu minum air suam? Ramai yang menyangka tabiat
minum air suam hanya petua atau cerita daripada 'orang tua2' sahaja. Tetapi,
pengamal penjagaan kesihatan juga memang berpendapat bahawa minum air suam
menyumbang kepada kehidupan dan kesihatan yang lebih baik. Jadi adakah
mengamalkan meminum air suam hanyalah petua orang-orang tua?
Adalah baik mengamalkan meminum air suam semasa perut kosong
di waktu pagi. Cuba amalkan.
Kepentingan Air
Meminum air yang secukupnya merupakan satu langkah penting
untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi badan, satu langkah penting dalam
kehidupan seharian untuk mencapai tahap kesihatan yang optimal. Jadi adalah
penting untuk anda memastikan tubuh anda mendapatkan air yang secukupnya.
Mengamalkan meminum air diwaktu pagi pula dapat membantu
anda meningkatkan metabolisma badan. Manakala mengamalkan meminum air yang
secukup pada hari tersebut akan membantu mengimbangi metabolisma badan anda
sebaik mungkin.
Air Sejuk (Berais)
Minum air sejuk mungkin boleh beri kepuasan bagi
menghilangkan dahaga. Penat bekerja atau selepas bersenam anda tentu akan
meminum air sejuk untuk menghilangkan dahaga seharian.
Mereka yang minum air sejuk sebenarnya akan minum lebih
banyak air kerana air sejuk rasanya lebih sedap dan lebih memuaskan. Itu tidak dapat dinafikan, air sejuk sememangnya menjadi
pilihan selepas waktu bersenam dan untuk menghilangkan dahaga.
Namun adakah
mengamalkan meminum air sejuk berais baik untuk badan? Apa pula kesan mengamalkan
meminum air sejuk?
Keburukan minum air berais
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh ahli sains dan pakar
pemakanan, amalan meminum air sejuk mempunyai beberapa keburukan, antaranya
ialah:
- Ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan.
- Kesukaran mencerna lemak dalam badan selanjutnya akan menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan, ini sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.
- Air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.
Air Suam vs Air Sejuk - Mana Lebih Baik
Ada pengkaji bidang perubatan yang mempunyai pandangan
berbeza tentang sama ada minum air sejuk lebih baik daripada minum air suam
terutama selepas melakukan senaman.
Ada doktor yang menyarankan minum air biasa adalah lebih
baik daripada minum air sejuk kerana badan terpaksa mengeluarkan tenaga lebih
untuk memanaskan air sejuk ini ke tahap suhu badan, menyebabkan terjadinya
kehilangan air dalam badan.
Tetapi, ada juga doktor yang menyatakan bahawa selepas
aktiviti senaman yang cergas, minum air sejuk akan mudah menyejukkan badan jika
dibandingkan dengan air suam.
Bila air sejuk melalui sistem dalam badan, ia mengentalkan
lelemak makanan yang baru atau sedang diamalkan.Ini menyebabkan penghadaman
serta penyerapan makanan lebih sukar selain dari membuang apa yang tidak perlu
dari badan.
Tetapi jika ditukar air sejuk kepada air suam atau panas
(seperti teh atau kopi), air yang suam itu akan membantu mencairkan lelemak
dalam makanan yang diambil dan memudahkan pencernaan.
Kebaikan mengamalkan air suam
Bangun pagi banyakkan meminum air suam. Itu antara pesanan
orang-orang tua, seringkali didengari kita dahulu. Mengamalkan meminum air suam
mempunyai beberapa kebaikan, antaranya ialah:-
Mengamalkan meminum air suam secara berterusan akan membantu
membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta
mengurangkan risiko salur darah tersumbat. Ini baik sekiranya anda sedang
mengamalkan program perlangsingan badan atau semasa anda diet.
Jika kita tukar air sejuk yang diminum dengan air suam
sepertu meminum teh, kopi atau herba, lemak dalam makanan akan kekal cair dan
lebih mudah bagi serapan serta pengeluaran dari badan.
Kaitan demam dan air
Kalau hendak bantu seseorang yang tengah demam panas, jangan
guna air sejuk tetapi gunakanlah air yang agak suam.
Air suam baik untuk anak-anak yang demam di rumah. Beri anak
anda air suam, kurangkan pengambilan air sejuk. Ini kerana air yang sejuk
sebenarnya boleh merangsang dan menaikkan suhu badan. Jika mereka yang demam
minum air sejuk, badan mereka akan jadi 'kesejukan'/ Jadi air suam adalah
pilihan yang baik.
Minum air suam juga boleh menenang dan merelakskan badan.
Selain itu air suam juga baik untuk kesihatan perut anda.
Kebaikan Air Suam - Apa Kata Anda?
Sebenarnya apa yang lebih penting di sini ialah anda
mengamalkan meminum air yang secukupnya untuk badan anda, tidak kira sama ada
anda mengamalkan meminum air sejuk atau air suam. Namun mengamalkan meminum air suam adalah lebih baik untuk
tubuh badan dan kesihatan anda. Ini kerana air suam mempunyai pelbagai faedah
kesihatan yang amat diperlukan oleh anda.
Ingin dapatkan produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit? Klik imej dibawah.
Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat
Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.
Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije)
SMS/WhatsApp : 018-270 4872
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Comments