13 Cara Berhenti Merokok: Mudah Tapi Berkesan
Sihat sepanjang hayat. Merokok menjadi perkara biasa kepada sesetengah orang. Jujur saya katakan, saya akan mengelak untuk beberapa perkara di bawah:
- berjalan berdekatan orang sedang merokok
- berada di persekitaran yang berbau asap rokok
- makan di meja restoran yang jauh dengan meja perokok
Perkata di atas dibuat atas tujuan menjaga kesihatan sendiri dan keluarga saya. Saya sedih mengenangkan ada yang tidak prihatin dengan merokok bersama keluarga:
- di dalam kenderaan dengan anak kecil dan isteri
- di dalam rumah sebagai tempat membina sebuah keluarga
- di depan anak-anak yang masih kecil
Merokok meningkatkan risiko sehingga
10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru,
penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada
hampir setiap organ dan tisu badan.
Mengapa harus berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak
memberi kebaikan kerana:
- Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
- Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
- Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
- Mendapat asma
- Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh
- Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk
- Diserang selsema
- Mendapat jangkitan telinga, hidung dan tekak
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri
sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan
berhenti merokok ialah:
- Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 10 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
- Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
- Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
- Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
- Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
- Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
- Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
- Meningkatkan deria bau dan rasa
- Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
- Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
- Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
- Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
- Meningkatkan kesuburan. (Klik SINI untuk info kesuburan)
- Meningkatkan tahap 'kelakian'
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk
berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk
menjadikannya satu kenyataan.
- Tetapkan tarikh untuk berhenti
- Yakin diri
- Buatkan nota peringatan
- Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Gunakan terapi penganti nikotin
- Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12M :
- Melengah-lengahkan: Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
- Menarik nafas panjang : Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
- Minum air : Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
- Menyibukkan diri : Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
- Menjauhkan diri daripada orang yang merokok
- Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
- Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
- Membasuh tangan selalu
- Mandi dengan kerap
- Meregangkan otot : Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
- Meditasi
- Memohon doa : Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
Tip ke-13 yang sangat membantu!
Bagaimana Vivix boleh buat perokok kalah untuk merokok?
Ini kerana Vivix akan memulihkan DNA dengan cara membuang nikotin pada tahap sel-sel DNA. Jadi DNA akan kembali pulih dan dengan sendiri akan menolak bahan asing nikotin dari tubuh. Vivix Shaklee BUKAN terapi pengganti nikotin. Tapi ianya terapi membuang nikotin.
Kenali Vivix dengan lebih dekat --- SINI
Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee
Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije)
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Ingin beli VIVIX secara online menggunakan kad kredit? Klik imej dibawah.
Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat
Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!
Comments