Kebaikan Omega 3 Fish Oil

Selalu kita dengar minyak ikan, tapi sejauh mana pengetahuan kita terhadap kebaikan minyak ikan kepada tubuh badan kita? Hari ini saya ingin kongsikan beberapa fungsi utama minyak ikan kepada tubuh manusia. Manfaat luar biasa yang mesti anda ketahui. 

APA MANFAAT OMEGA 3?

1. Manfaat Omega 3 untuk otak sangat banyak. Jika anda tergolong dikalangan yang mudah lupa atau susah mengingati sesuatu, Omega 3 adalah makanan terbaik untuk otak anda. Ia berperanan penting untuk perkembangan membran sel. Terdapat kajian yang membuktikan Omega 3 membantu perkembangan otak dan memori pada kanak-kanak dan dewasa. 


2. Omega 3 juga baik untuk kesihatan jantung. Penelitian menunjukkan bahawa Omega 3 dapat mencegah penyakit jantung dan penyakit lain yang berkaitan dengan jantung. Ini adalah kerana Omega 3 mengurangkan risiko aritmia (denyutan abnormal jantung) dan tekanan darah tinggi.

3. Omega 3 menurunkan kadar kolesterol. Satu kajian membuktikan pengambilan ikan yang kaya dengan Omega 3 secara teratur dapat meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kadar trigliserida (lemak dalam darah)

4. Omega 3 baik untuk kesihatan mata dan penglihatan secara umum. Ini kerana Omega 3 merupakan komponen utama retina

5. Omega 3 dapat membantu mengurangkan tekanan atau stress. Omega 3 membantu menangani stress ringan.

6. Omega 3 juga dapat menurunkan risiko pembekuan darah. Omega 3 memiliki sifat antikoagulan yang mempengaruhi trombosit untuk membekukan darah. Ini melancarkan peredaran darah dan menghindari pembuluh darah tersumbat (mengakibatkan stroke)

7. Omega 3 sangat penting untuk wanita hamil. Ia terbukti bermanfaat untuk perkembangan kesihatan fizikal dan mental bayi.

8. Omega 3 dapat mengurangi ketidakselesaan ketika haid. Terdapat dua jenis Omega 3 iaitu EPA dan DHA yang mengurangkan paras prostaglandin. Paras prostaglandin yang tinggi semasa haid membuatkan kontracksi rahim meningkat dan berlaku kekejangan otot. 

9. Omega 3 memiliki sifat anti-inflamasi (anti keradangan) dan sangat bermanfaat untuk pesakit asma, eczema dan radang sendi.

10. Omega 3 sangat baik untuk meningkatkan kesihatan anak secara menyeluruh dari segi fizikal dan mental. Kanak-kanak yang mengambil Omega 3 terbukti mempunyai kemampuan belajar yang lebih baik. Omega 3 juga memberi manfaat kepada anak-anak yang menderita disleksia, dyspraxia dan ADHD.

11. Omega 3 dapat mencegah penyakit Alzheimer.

12. Kajian menunjukkan Omega 3 dapat membantu pesakit dengan inflamasi perut seperti IBS, Ulceratice Colitis dan Colitis.

13. Pesakit yang mempunyai alergik juga sangat disarankan mengambil Omega 3.

14. Omega 3 bermanfaat untuk diabetes. Satu kajian menunjukkan Omega 3 menurunkan trigliserida dan apoproteins, dan tidak ada kesan sampingan kepada kawalan glikemik.

15. Sebuah kajian menunjukkan bahawa pasangan yang merancang untuk mempunyai zuriat, sedang hamil atau sedang menyusukan anak sangat disarankan pengambilan Omega 3 untuk membantu perkembangan bayi yang sempurna.

16. Omega 3 berperanan meningkatkan penyerapan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Vitamin tersebut diperlukan oleh tubuh kita untuk melawan infeksi, menjaga kesihatan mata dan kulit, kawalan jantung, pembekuan darah dan tulang yang kuat. 

APA TANDA KEKURANGAN OMEGA 3?

  • Tertekan atau stress
  • Kulit kering atau gatal
  • Rambut dan kuku rapuh
  • Sakit sendi 

APA SHAKLEE BOLEH BANTU?

OmegaGuard
90 kapsul
Runcit RM136
Hubungi saya untuk harga istimewa

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 

Ingin beli OmegaGuard secara online menggunakan kad kredit / kad debit? Klik imej dibawah. 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!

Comments

Popular posts from this blog

Manfaat Buah Kaduka / Haritaki / Chebulic Myrobalan

PELAJAR UNIVERSITI ADA INCOME RM5000 LEBIH SETIAP BULAN

Cara Makan Lecithin dan Alfalfa untuk Kuruskan Badan