Vitamin Tamat Tempoh
Adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh?
Jawapannya cukup mudah!
SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maksmum
daripada penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk
pengetahuan, FDA tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk
mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal
seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akn kehilangan
keberkesanannya.
Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap
tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maksimum. Kita ambil vitamin untuk
mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pada badan kita. Tapi kalau makan vitamin
yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yang terbaik adalah buang dan
beli baru.
Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat
tempoh?
Seperti yang diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna
vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang
membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yg tamat tempoh. Tetapi
seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang
kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh,
tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yang telah berubah bau dan warna.
Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?
Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur
bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi
kawasan yg terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti
sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup
membolehkan pemeluwapan terbentuk dalam botol. Sebenarnya cara terbaik adalah
simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan
linen, tuala dan pakaian.
Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh
lebih dari 2 tahun melainkan makanan tambahan yg berbentuk serbuk, lebih cepat
tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan
secara konsisten bermula dari awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas
makan, lagi kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh
tamat tempoh.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee yang sesuai dengan tahap kesihatan anda,anda boleh menghubungi saya.
Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije)
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini
lngin membuat belian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej di bawah.
Juga klik SINI untuk tutorial langkah pembelian secara online.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat
Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!
Comments