Susukan Anak VS. Kurus Cantik
Hari ini saya ingin kongsikan ruangan Kesihatan di laman sesawang Utusan Malaysia, http://www.utusan.com.my/utusan. Soalan berkisarkan masalah berat badan dan penyusuan badan.
Soalan:
Doktor, apakah cara yang terbaik menurunkan berat badan. Saya juga ingin bertanya, benarkah berat badan seorang ibu akan turun apabila menyusukan anak dan akan bertambah selepas berhenti menyusukan anak?
Soalan:
Doktor, apakah cara yang terbaik menurunkan berat badan. Saya juga ingin bertanya, benarkah berat badan seorang ibu akan turun apabila menyusukan anak dan akan bertambah selepas berhenti menyusukan anak?
Nor, Shah Alam
Jawapan:
Soalan yang diutarakan amat praktikal sekali. Masalah berat badan ini amat sensitif dalam kalangan wanita. Saya tahu ramai wanita di luar sana yang mencuba pelbagai produk pelangsing yang ditawarkan dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk masalah ini.
Sudah menjadi lumrah, sebagai wanita dan isteri, kita semua berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk dan yang gemuk pula nak kurus. Bukan tidak puas dengan apa yang dikurniakan, tapi nak menjadi yang lebih baik.
Pilih produk pelansingan yang tidak berbahaya
Tapi maklum sahajalah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun. Tambahan pula, bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh mengambil ubat pelangsing sebarangan tetapi nak berdiet berlebihan pun kurang digalakkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.
Menurunkan berat badan ketika menyusukan anak
Pilih produk pelansingan yang tidak berbahaya
Tapi maklum sahajalah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun. Tambahan pula, bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh mengambil ubat pelangsing sebarangan tetapi nak berdiet berlebihan pun kurang digalakkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.
Menurunkan berat badan ketika menyusukan anak
Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan.
Panduan menurunkan berat badan
Panduan menurunkan berat badan
Ada beberapa panduan yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan. Paling utama ibu tersebut perlu minum air secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum air setengah jam selepas makan.
Ibu juga dinasihatkan untuk makan apabila perut berasa lapar. Mereka juga perlu ingat pada wasiat Rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik sekali adalah makan empat ke enam kali sehari dengan kuantiti yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur.
Ibu juga dinasihatkan untuk makan apabila perut berasa lapar. Mereka juga perlu ingat pada wasiat Rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik sekali adalah makan empat ke enam kali sehari dengan kuantiti yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur.
Makanan yang dimakan juga perlu dikunyah secara perlahan-lahan. Paling baik sekali jika makanan tersebut dikunyah 44 kali untuk mengurangkan beban penghadaman. Selain itu, otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Kalau makan laju sangat, otak tidak sempat memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang. Kurangkan percakapan semasa makan untuk mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.
Makanan yang diambil perlu seimbang. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.
Kesimpulannya, makanan yang diambil perlu seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan makanan rapu. Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes mellitus apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan sahaja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal bahkan dikaitkan dengan risiko penyakit hipertensi (darah tinggi).
Banyakkan aktiviti fizikal. Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Walaupun tidak dapat meluangkan masa ke gimnasium atau senamrobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15 minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan.
Bagaimanapun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti menggunakan jalan lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan, berjalan sambil menghayunkan tangan, melakukan kerja rumah, aktiviti santai bersama anak-anak dan banyak menggunakan tangga daripada lif.
Puan juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan banyak bersabar kerana pengurangan berat badan ini adalah lebih kurang dua kilogram sahaja dalam masa sebulan. Teruskan dengan penyusuan kerana ada banyak lagi keistimewaan yang anda akan kecapi.
Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd
Apa Shaklee Boleh Bantu?
Untuk menyusukan anak dan dalam masa yang sama ingin mengurangkan berat badan dengan selamat, boleh cuba amalkan Set Shaklee. Terdapat beberapa pilihan produk berdasarkan keperluan dan bajet.
PILIHAN 1
Alfalfa Complex dan Lecithin
Lecithin membantu mengecilkan lemak terapung dalam badan. Ia juga membantu masalah bengkak susu yang sering dialami oleh ibu dalam pantang.
Lecithin yang berasal dari minyak biji soya berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental.
Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Jadi secara logiknya Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu dan bukannya 'membakar' lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran.
Alfalfa Complex bertindak sebagai milk booster yang meransang penghasilan susu badan. Ia juga baik untuk membantu melawaskan semasa membuang sisa lemak yang telah diemulsikan oleh Lecithin.
PILIHAN 2
Alfalfa Complex dan OmegaGuard
Pilihan set ini mengantikan Lecithin dengan OmegaGuard. Dengan fungsi yang sama iaitu menguraikan lemak tapi cara berbeza. Lecithin sekadar mengecilkan lemak terapung. Manakala OmegaGuard membakar lemak mendap yang dah lama bersarang di dalam badan.
Omega Guard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap
Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku. Omega 3 berfungsi secara begini:
Menghalang pembentukan lemak --> menambah metabolism --> bakar lemak
Menghalang pembentukan lemak --> menambah metabolism --> bakar lemak
Ia juga berfungsi:
- menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
- Memperbaiki kadar gula dalam darah - beri lebih tenaga utk bersenam.
- Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - jadi boleh mengawal nafsu makan
Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dr kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula. Maka gula/karbohidrat tidak menjadi lemak. Jadi, sebelum memilih pembakar lemak, cuba fahami dahulu bagaimana ia berfungsi.
OmegaGuard yang berasaskan minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 mengandungi DHA yang penting untuk fungsi otak. Ibu bakar lemak, anak bijak pandai.
Harga dan Cara Makan
Alfalfa Complex
- mempunyai 2 pilihan pembungkusan
- 1 botol dengan kuantiti 330 tablet (Runcit RM53.75) dan
- 1 botol dengan kuantiti 700 tablet (Runcit RM97.50)
- Disarankan untuk mengambil maksima 10 tablet sehari
- 5 tablet selepas makan tengah hari dan 5 tablet selepas makan malam
- Di peringkat awal, ambil Alfalfa Complex secara berperingkat. (mulakan dengan 3 tablet setiap kali makan)
Lecithin
- kuantiti 180 kapsul (Runcit RM52.50)
- Disarankan untuk mengambil 6 kapsul sehari
- 3 kapsul selepas makan tengah hari dan 3 kapsul selepas makan malam
OmegaGuard
- kuantiti 90 kapsul (Runcit RM136)
- Disarankan untuk mengambil 2-3 kapsul, dua kali sehari
- Atau boleh ambil 2 atau 3 kapsul (1 kali sahaja) sama ada selepas makan tengah hari atau makan malam
Peringatan Penting
- Pastikan anda minum air kosong yang mencukupi bagi membantu penghasilan susu badan dan juga membantu nutrien daripada supplements diserap dengan optima.
- Setiap 25 kg berat badan anda, anda patut minum 1 liter air. Contoh berat badan 50kg, anda mesti minum 2 liter air kosong sehari.
- Kerapkan penyusuan terus (direct feeding) dan pam susu (sebagai stok) secara berkala.
Bagaimana Ingin Pekatkan Susu Badan?
Susu badan yang pekat membantu bayi untuk merasa cepat kenyang walaupun tidak terlalu kerap menyusu. ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee boleh membantu. Ia mempercepatkan penghasilan susu badan dan memekatkan susu (susu berkualiti)
ESP ialah sumber protein. Protein adalah asas dan makanan kepada sel. Protein
penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel. Jadi apabila sel sihat dan cukup tenaga, penyerapan nutrien adalah lebih optimum. Badan boleh menhasilkan susu yang berkualiti.
ESP dengan kapasiti 850g dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang diproses dengan suhu rendah. Dengan kadar glisemik index yang rendah iaitu 39 dapat membantu merasa kenyang yang lebih lama (membantu program diet)
Protein juga penting untuk mengelakkan kulit menggeleber. Kulit akan menjadi tegang dan tidak menggeleber apabila mengamalkan ESP.
Ini peluang terbaik anda untuk dapatkan Set Penyusuan dan Kurus Shaklee pada harga istimewa. Hubungi saya sekarang untuk konsultasi produk mengikut kesesuaian anda.
Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije)
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872
♥ Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini
Juga klik SINI untuk tutorial langkah pembelian secara online.
lngin membuat belian produk ini secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej di bawah.
Juga klik SINI untuk tutorial langkah pembelian secara online.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat
Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!
Comments