KEBAIKAN TEH HIJAU

Teh biasa ada di setiap rumah di Malaysia. Dah jadi kebiasaan kita untuk menjadikan teh sebagai minuman seharian. Kat rumah kita minum teh, kat kedai pun kita order teh. Minum petang pun lebih sedap jika dihidang dengan teh dan kuih-muih ringan, atau sekadar dicicah dengan biskut kering. Yummy.

Teh hijau adalah sejenis teh yang banyak khasiat dan kelebihan. Biasanya ia di minum tawar tanpa gula atau dicampur dengan sedikit madu. Ramai antara kita tidak tahu bahawa teh hijau banyak manfaat, jauh lebih baik untuk kesihatan kita. Antara kelebihannya adalah:


1. Kelebihan Teh Hijau #1: Mengurangkan Berat Badan

Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. 

2. Kelebihan Teh Hijau #2 : Pesakit Diabetes

Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

3. Kelebihan Teh Hijau # 3: Pesakit Jantung.

Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akanmengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

4. Kelebihan Teh Hijau #4: Risiko Barah Esofagus

Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.

5. Kelebihan Teh Hijau #5: Kolestrol

Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.

6. Kelebihan Teh Hijau # 6: Alzheimer dan Parkinson

Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.

7. Kelebihan Teh Hijau #7 : Reputan pada Gigi

Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain. 

8. Kelebihan Teh Hijau #8 : Tekanan Darah.

Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kelebihan Teh Hijau #9 : Tekanan Perasaan

Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.

10. Kelebihan Teh Hijau #10: Antibakteria.

'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.

11. Kelebihan Teh Hijau #11: Penjagaan Kulit

Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciriantioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.

APA SHAKLEE BOLEH BANTU
Shaklee mempunyai produk terbaik yang bukan sahaja mempunyai ekstrak Teh Hijau, malahan Teh Merah dan Teh Putih sekaligus. Sangat berbaloi untuk membelinya, mudah untuk dibancuh dan membantu mengurangkan risiko barah dan mengurangkan berat badan. 

Cinch Energy Tea Mix
28 sachets
Harga runcit Semenanjung Malaysia ialah RM131
Hubungi saya untuk harga termurah!




Comments

Opie Isa said…
Boleh tahu x? Teh hijau baik untuk diminum bila? Sebelum/selepas tidu/mkn? Harap membantu.. tq in advance...
VitaminSuci said…
Cinch Energy Tea Mix ini boleh di ambil ketika sarapan atau minum pagi atau pun ketika minum petang. Cuma bancuh 1 sachet Cinch Energy Mix Tea dengan air panas/suam/sejuk.

Popular posts from this blog

Manfaat Buah Kaduka / Haritaki / Chebulic Myrobalan

PELAJAR UNIVERSITI ADA INCOME RM5000 LEBIH SETIAP BULAN

Cara Makan Lecithin dan Alfalfa untuk Kuruskan Badan