aturcara majlis perkahwinan

dulu nak kahwin, tak fikir pun bab-bab nak buat aturcara majlis ni. nasib baik mama ije seorang yang sangat proper. dikerah kami untuk buat aturcara majlis. tinggal mama cek dan approved.

sangat penting ada aturcara majlis dalam mana-mana majlis perkahwinan. tak tipu. mungkin orang fikir steps yang ada di mana-mana majlis sama sahaja, tapi bila langsung.. mak andam cakap itu kemudian, abang kameraman nak ini dulu, mak ayah pengantin nak buat ini lepas itu, pengantin tak nak buat itu lagi. kalut!

sangat berkepentingan aturcara majlis buat:

1. cameraman- agar dia tahu kedudukan yang sesuai. senang dia nak get ready. mencari posisi terbaik. macam abang hisham selaku cameraman ije, dia datang a day before untuk tengok mana kedudukan pelamin, meja beradap, karpet merah, khemah, susun atur bilik. try imagine majlis kahwin tanpa aturcara majlis, haru! cameraman harus pasang telinga untuk dengan MC berbicara apa yang nak dibuat selepas ini. tu pun, kalau ada pengacara.

2. emcee a.k.a MC- terang lagi bersuluh MC memerlukan aturcara majlis bagi mengarang berkajang-kajang skrip sepanjang berlangsungnya majlis. tinggal lagi yang lain, dengar dan ikut arahan MC. kalau tak puas hati pun, mengumpat selepas majlis ye. aturcara dah dirancang, yang dikau tak object awal-awal semasa perbincangan aturcara tu kenapa? ehe.

3. mak andam- agar dia tahu kemana harus dibawa pengantin dalam majlis tersebut. well, mak andam memang dah hafal steps majlis kahwin. tapi lain majlis, lain caranya. nak tak nak kena la ikut.

4. tetamu- agar mereka tahu kedudukan semasa majlis dan aktiviti seterusnya. kot la ada sukaneka rebut kerusi atau gula-gula (eyh. this is not hari keluarga lah. this is a wedding day)

5. ahli keluarga-agar mereka tahu di mana mereka sepatutnya berada pada jam sekian-sekian. tatkala sesi menepung tawar pengantin mahupun sesi bergambar.

maka, ije persembahkan aturcara majlis perkahwinan. memang sesuai dibuat rujukan bagi mereka yang mahu mendirikan rumah tangga. gerenti lancar perjalanan majlis.

tapi sebab ini adalah blog, ije ubah sikit-sikit la. sepatutnya buat kat MS Words bersama table. senang nak letak column masa dan agenda.


ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN
MUHAMMAD SHAH REDZUAN DAN NUR HIFZAN

8.30 pagi: kaum keluarga berkumpul di Masjid Al-Taqwa, Kampung Pulau, Kubang Kerian.

9.00 pagi: upacara akad nikah dilangsungkan.

9.00 - 11.00 pagi: bacaan ayat suci Al-Quran.

11.00 pagi:
- perarakan pengantin diiringi paluan kompang dan selawat nabi.
- pengantin lelaki di sambut oleh keluarga pengantin perempuan diiringi payung dan bunga manggar
- pengantin perempuan menyambut ketibaan pengantin lelaki di hadapan dewan
- pengantin beriringan ke pelamin
- tetamu dan keluarga mengambil tempat di dalam dewan.

11.15 pagi: bacaan doa selamat oleh Ustaz Mohamad.

11.20 pagi:
majlis tepung tawar (memperkenalkan pengantin kepada keluarga terdekat, ini termasuklah ibubapa pengantin, adik-beradik, ibu dan bapa saudara dan sewaktu dengannya)

12.00 tengahari:
- pengantin beriringan ke meja makan beradap
- keluarga kedua-dua belah pihak memenuhi meja makan beradap.
(yang ni pastikan dah set awal-awal siapa wakil nak makan kat meja beradap)
- persembahan dikir barat

12.30 tengahari: sesi bergambar ahli keluarga di pelamin

1.00 - 4.30 petang: meraikan tetamu

4.30 petang: sesi bergambar (outdoor)

6.00 petang: majlis bersurai.

p/s: aturcara bolehlah disunting mengikut kesesuaian waktu. majlis kami satu hari sahaja. akad nikah pagi, petang sanding dan kenduri.

Comments

dassat..dasat..
ada video kawen sekali tak?
Nazifa said…
baguslah!
sumenye ikut schedule..
bole jd panduan nih! =))))
attyfir said…
atucara memang penting supaya majlis berjalan lancar dan teratur seperti dirancang..
atucara tuh perlu kan...tp majlis kawin lieya tak pernah tgk lg...hehehe..baguslahhh
merahitujambu said…
LAMA SGT X LAWAT BLOG NI..RINDUI...URL ILANG RITU
merahitujambu said…
mak ai..cmni ke??aduih.
luvelysyue said…
wahh,,bgus2 ..de atcra mjlis tuk wdding cmni..

bsanya,sue dgr a.m ni tuk mjlis2 mnteri2 je..

pe2 pon,sngat hebat ur wdding..

(hntran wrna kning ems mmng kaww2 cntikk bangat,..persis wedng diraja!>>)

Popular posts from this blog

Manfaat Buah Kaduka / Haritaki / Chebulic Myrobalan

PELAJAR UNIVERSITI ADA INCOME RM5000 LEBIH SETIAP BULAN

Cara Makan Lecithin dan Alfalfa untuk Kuruskan Badan