Posts

Showing posts from January, 2014

SHAKLEE: HALAL KE?

Image
Sijil Halal Shaklee 2014  dah pun di'upload' di laman web rasmi  Shaklee Malaysia . Boleh view SINI . Sebanyak  28 produk makanan tambahan Shaklee  telah disenaraikan di dalam sijil ini. Sijil halal ini  sah sehingga 31 Disember 2014 , dan akan dikemaskini lagi dari masa ke masa. Buat pengetahuan semua, produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA sebelum diimport dan dibawa masuk ke dalam Malaysia. Setiap negara mempunyai badan pengeluar sijil halal sendiri, seperti  JAKIM  (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di Malaysia. Manakala di  USA  (United States of America) : Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA) Islamic Services of America (ISA) Justeru,  untuk produk Shaklee ini, telah pun mendapat sijil halal yang sah daripada ISA . ISA ini pula merupakan badan yang  diiktiraf oleh JAKIM .  Anda boleh download senarai penuh badan-badan yang mendapat pengiktirafan JAKIM bagi m...

BUANG LEMAK DALAM BADAN

Image
APA ITU LECITHIN? Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya dan bebas kolestrol. Perlu diingat sistem badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri. Justeru itu kita disarankan untuk mengambil lecithin berasakan soya ini untuk melancarkan pengurusan berat dan sistem badan kita. Kebaikan Lecithin Shaklee ini  salah satunya adalah sebagai  pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu . Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan, nanti  ibu tak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tak tahu pun kesan sampingan produk pelangsingan di pasaran untuk jangka masa panjang.  BERAPA LAMA AMBIL LECITHIN BOLEH KURUS? Soalan yang sering diajukan oleh ramai orang. Berapa lama makan Lecithin berat boleh turun. Berat turun ni subjektif . Mengikut kadar metabolisme masing-masing. Ada yang sebulan boleh turun 4kg, ada yang 1kg. Ikut badan masing-mas...

17 KEBAIKAN ZINC COMPLEX SHAKLEE

Image
Assalamualaikum. Hari ini kita kongsikan kebaikan ZINC COMPLEX Shaklee.  Zinc Complex 120 tablet Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM33 Hubungi saya untuk ketahui harga tergolek. Hee. Penjagaan Kulit : Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan. Ekzema : Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna. Jerawat : mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis...

KANDUNGAN ALFALFA SHAKLEE

Image
Alfalfa terkenal sebagai makanan tambahan yang mempunyai pelbagai khasiat sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa digunakan secara tradisional sebagai makanan penggalak susu, membantu membuang angin di dalam badan, melawaskan sistem penghadaman, dan sangat baik diamalkan bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.  Pokok Alfalfa terkenal kerana mempunyai akar yang sangat panjang jauh ke dalam tanah, yang menyebabkan Alfalfa merupakan antara tumbuhan yang mampu menyerap pelbagai zat dan bahan galian yang berada jauh di dalam tanah. Unikkan? APAKAH VITAMIN YANG DITEMUI DALAM ALFALFA? Vitamin A - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkita, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan. Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung; kardiovaskular dan kesihatan otot; membaiki fungsi imun; menguatka...

Vitamin Untuk Kulit Berjerawat Dan Berparut

Image
Soalan: "Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit." Jawapan:  Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia   bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata . Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit. Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien.   Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan , kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal. Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara   ...

KENAPA PERLU AMBIL VITAMIN?

Image
Kesihatan optimum  adalah sangat penting untuk kita hidup lebih lama dan bahagia. Ia memberi impak kepada segala-galanya, daripada penampilan kita, kecerdasan badan kita dan seterusnya apa yang kita boleh capai dalam hidup kita. Vitamin  adalah keperluan penting dalam dunia moden ini supaya kesihatan kita dioptimumkan. Apa itu vitamin dan kenapa vitamin itu sesuatu keperluan? Vitamin  maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin   pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, kita perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. K...