Posts

Showing posts from July, 2013

Cara Atasi Gastrik

Image
Assalamualaikum. Beberapa hari kebelakangan ini, ramai yang bertanyakan tentang gastrik. Maka, hari ni jom kita berdiskusi tentang GASTRIK.  APA ITU GASTRIK? Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya,  keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori)  yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. BAGAIMANA GASTRIK TERJADI? Secara mudahnya, perut kita ni umpama kipas, berlipat-lipat sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat-lipat, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses  pencernaan  berlaku,  kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut untuk bantu pencernaan da...

Boleh Hamil Walaupun Hidap PCOS

Image
Assalamualaikum. PCOS sangat sinonim dengan pasangan tidak dikurniakan zuriat setelah sekian lama berkahwin (1 tahun ke atas). Kepada anda yang dibelenggu dengan PCOS, usah risau. Shaklee telah membuktikan, pesakit PCOS juga boleh hamil. Usaha dan tawakal menjadi kunci utama. InsyaAllah. Apa itu PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)? Dalam ovari normal, folikel akan matang dan membebaskan telur (ovum) melalui tiub fallopio dan seterusnya bergerak ke rahim apabila disenyawakan.  Ovari yang mempunyai masalah PCOS mempunyai banyak folikel telur yang tidak membesar dan tidak matang. Folikel ini tidak terovulasi (melepaskan telur), maka telur tidak boleh disenyawakan. Apabila ovulasi tidak berlaku, maka hormon progesterone juga tidak akan dilepaskan. Tanpa hormon progesteron, kitaran haid wanita penghidap PCOS menjadi tidak menentu malah ada yang langsung tidak haid. Jom tengok gambar bagi jelas sikit. Ini ialah contoh folikel yang mengeluarkan telur matang dalam ovari ...

Perlu Ke Makan Vitamin?

Image
Assalamualaikum. Ramai yang masih tertanya-tanya soalan di atas. Baca dan pertimbangkan 'TUJUH SEBAB' sama ada anda perlu atau tidak mengamalkan supplement. PERTAMA : Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.  KEDUA : Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buahan dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.  KETIGA : Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.  KEEMPAT : Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu pen...

Kepentingan dan Manfaat Chewable Vitamin C 100mg

Image
Assalamualaikum Shaklee memberikan 2 pilihan Vitamin C kepada pelanggannya iaitu Sustained Release Vitamin C 500mg dan Vitamin C Chewable 100mg . Setiap jenis Vitamin C ini mempunyai cara tindakannya yang tersendiri dan juga keistimewaanya ke atas tubuh badan pemakannya.  Selalu orang salah anggap Vitamin C Chewable ini hanya sesuai untuk kanak-kanak. Tanggapan ini salah sama sekali! Vitamin C Chewable ini sesuai untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak hinggalah ke golongan berusia.  Bagi kanak-kanak, boleh ambil terus sebiji sebab dos 100mg dalam setiap biji vitamin, dah bersesuaian untuk usia kanak-kanak. Kalau orang dewasa, boleh ambil sampai 5 biji sehari samada diambil sekaligus 5 biji atau satu-satu. Cara makan Vitamin C Chewable ni pun seronok sebab rasa macam makan gula-gula je sebab boleh dikunyah-kunyah. Rasanya pun sedap! Kalau bagi kat budak-budak, tak cukup satu. Mesti dia minta lagi! :D  Chewable Vitamin C 100mg D...

Cara Rawat Buasir

Image
Assalamualaikum. Buasir biasanya berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung dan berpantang. Malah faktor keturunan juga boleh menyumbang kepada berlakunya buasir. APA ITU BUASIR? Buasir atau hemorrhoid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkan pendarahan jika meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar. Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Anda akan terlihat titisan darah merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Buasir luaran pula selalu mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur . Jika buasir ini tersepit (bekalan darah terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. BAGAIMANA MERAWAT BUASIR? Untuk merawat buasir, anda digalakkan mengamb...