Tips dalam labour room
Assalamualaikum. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang mama semua boleh cuba sebagai usaha untuk melalui proses bersalin dengan betul dan tenang ketika di dalam bilik bersalin (labour room)
Doa Nabi Yunus:

- Yang pertama sekali sebelum masuk ke bilik bersalin, minta redha suami, minta ampun dari suami, ibu ayah, ibu dan ayah mertua. Minta mereka doakan agar semuanya selamat.
- Sebaik sahaja masuk ke bilik bersalin, tenangkan minda kerana semuanya dikawal di situ. Kesakitan juga sebenarnya dapat dikawal dengan minda.
- Jaga dan kawal pernafasan. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepaskan dengan menggunakan mulut. Tarik dalam-dalam, kemudian lepaskan sedikit demi sedikit terutamanya ketika berlaku kontraksi (contraction). Relax dan tenangkan fikiran anda.
- Anda boleh mula meneran (push) ketika sudah mencapai bukaan 10 cm dan jangan cuba meneran sebelum itu untuk mengelakkan rahim dari membengkak (Edema).
- Jangan meneran ketika tiada contraction kerana hanya ketika contraction sahaja bayi dapat ditolak dengan baik dan anda perlukan tenaga yg cukup untuk proses meneran seterusnya.
- Cuba push tanpa mengeluarkan suara atau menjerit ya (itu adalah cara push yg betul).
- Sentiasa zikir dan jangan tinggal Doa Nabi Yunus.
Doa Nabi Yunus:
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.
Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije)
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ]
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872
♥ Emel : hifzan2286@gmail.com
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije)
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ]
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872
♥ Emel : hifzan2286@gmail.com
Comments